"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ALLAH"

Popular Posts

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

Cukup-cukuplah Duhai Hati...

Buat hati ini, jua hati-hati yang belayar di samudera cinta...

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah al 'Adzim...
Alladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa-atubu ilaih...

Terasa hati ini kian lama kian gelap diselaputi dosa...
Pelbagai dosa...
Yang tersirat, mahupun yang tersurat...
Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja...
Kian lama, kian parah...

Dan kini, kesannya mula terasa...
Diri kian lalai...
Fikiran sering memikirkan perkara-perkara yang lagha...
Semuanya berpunca dari hati...

Benarlah sabda Nabi,
"Dlm diri manusia ada seketul darah, bila baik ia,
maka baiklah seluruh (anggota badan),
bila rosak ia, maka rosaklah seluruh (anggota badan),
ketahuilah, itulah HATI.."

Dunia remaja, dunia yang sering memberi begitu banyak ujian pada hati..
Dan ujian terberat, yang amat sukar ditangani
Dan tak dapat lari dari diri remaja ialah,
ujian cinta...

Ujian inilah yang sudah banyak menumbangkan pemuda-pemuda
yang asalnya hidup berlandaskan Islam,
mengikut sepenuh ajaran Islam,
tapi akhirnya hanyut, hanyut & terus hanyut...
Hinggalah terjunam ke dalam lembah yang amat hina..
Na'udzubillah...

"Janganlah kamu mendekati zina,
Sesungguhnya ia adalah perkara yang terkutuk dan jalan yang keji"
Maknanya, jangan ada zina mata, zina telinga, zina mulut, zina hati....
Kerana semua ini adalah perkara-perkara yang mendekati zina
atau jalan yang menuju ke lembah zina...
Maka, hindarilah...!!

Rasanya, sudah cukup setakat ini
aku memulakan langkah ke alam yang tak sepatutnya aku lalui ini...
Berfantasi, berimaginasi dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti...
Cinta itu memang FITRAH, namun bila gagal mengawalnya,
maka itu yang jadi PARAH...
Insya' Allah, bila tiba masanya nanti, cinta itu akan bertaut juga...
Jodoh tak ke mana, kerana segalanya sudah ditakdirkan-Nya...

"Aku tak ada hak untuk mengasihi dia,
Dan dia tiada hak untuk mengasihi aku,

Aku tak ada hak untuk merindui dia,
Dan dia tiada hak untuk merindui aku,

Aku tak berhak untuk berada di hatinya,
Dan dia tak berhak untuk berada di hatiku...

Kerana HAK itu hanya milik pasangannya yg SAH...!!"

Cuba kita fikirkan,

Kalau lah orang yang kita suka itu
bukan pasangan yang ditakdirkan untuk kita,
Maka sebenarnya kita dah mengambil hak isteri atau suami orang yang kita suka itu...
Dan orang yang mengambil hak orang lain adalah orang yang zalim...

Dan kalau lah isteri atau suami orang yang kita suka itu tahu
yang kita pernah suka kat suami atau isteri mereka,
mesti mereka rasa lain macam dengan kita kan..?
Kadang-kadang mungkin boleh menimbulkan ketidakpuashatian,
ataupun yang lebih bahaya boleh menimbulkan fitnah kepada kita dan dia...
Na'udzubillah...

Cinta sebelum nikah itu cinta yang tak bermakna...
Cinta tanpa asas yang kukuh untuk dipegang...
Cinta yang perit...
Kerana tatkala hati kian diambung gelora cinta,
namun anggota tak bisa melakukan apa-apa...
Syariat tetap membataskan...
Hati perlu dijaga, anggota badan perlu dijaga...
Maruah, nama keluarga...
Dan yang paling penting panji Islam itu, yang sangat perlu dipelihara...
Jadi, mengapa perlu menyeksa jiwa tatkala jasad tak bisa melakukan apa-apa....??
Buang masa....

"Tiada cara lain untuk mengawal syahwat,
selain mengadu dan mendekatkan diri kpd Allah
dan rasa takut dgn azabNya,"

Bila diri kian jauh dari Allah,
maka makin mudah la syaitan nak perangkap kita dengan muslihatnya...
Bagi yang belajar agama,
perkara-perkara yang mengundang dosa pun boleh diislamikkan (kononnya...),
macam couple islamik, dan lain-lain....
Ini lah tipu daya dan muslihat syaitan...
Jadi, kenangkan azab Allah bila kita terfikir untuk melakukan kemungkaran,
lagi-lagi yang berlandaskan syahwat...
Insya' Allah, kalau kita benar-benar orang yang beriman,
kita tak akan berani melakukan kemungkaran itu...

Allah itu yang mencipta kita, mencipta dia...
DIAlah yang mengawal segala-galanya...
Membolehkan sesuatu yang tak boleh,
dan menggagalkan sesuatu yang sepatutnya berhasil...
Hanya DIA yang berkuasa atas segalaNya...

Jadi.. Mintalah segala-galanya kepadaNya...
Allah berfirman, "Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan kepadamu,"
Tapi, makbul atau tidak itu soal kedua...
Apa-apa pun, kita cuma berserah kepadaNya...
Kalau dimakbulkan, Alhamdulillah....
Kalau tak, insya' Allah,
Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta...

Allah itu lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu...
Jadi, bila kita terima apa-apa, redha dan pasrah...
Kerana orang yang beriman itu
Yakin Allah hanya akan memberikan apa yang terbaik untuknya....

Tentang perasaan ini, memang susah nak hilang...
Tapi, kita akan lupa bila kita mendekati Allah..
Bila hati ini khusyuk mengingatiNya...
Lupakan lah segala cinta tak bermakna tu...
Layarkan hati menyusuri cinta seagungnya, cinta kepada Tuhan semesta alam...
Jua cinta kepada Rasul petunjuk seluruh umat...
Itu yang sebaiknya, itu yang seharusnya...

"Hidup ini perlu realistik... Laksanakan apa yang sudah ada di depan mata,
bukan memikirkan sesuatu yang tidak pasti akan datang dalam hidup kita.."
Sebagai pelajar Muslim, anak soleh (insya' Allah..), abang atau kakak...
Laksanakan dulu segala kewajipan ini...
Baru lah fikir nak jadi suami atau isteri mithali pula... (ehem2...)

Ops, ok.. Cukup setakat ini luahan hati yang sekian lama terbungkam di sanubari...
Moga bukan saja memberi manfaat buat diriku, jua bermanfaat buat semua hendaknya...
Wallahu a'lam... Mohon pembetulan andai tersalah kata...

READ MORE- Cukup-cukuplah Duhai Hati...

33 Larangan Rasullullah SAW Terhadap Wanita

1) Wanita mendedahkan aurat

2) Wanita berpakaian menyerupai lelaki

3) Wanita bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrim

4) Wanita bersalaman dengan lelaki bukan muhrim

5) Wanita berpakaian menyerupai pakaian orang kafir

6) Wanita menyambung rambut

7) Wanita mencabut, mencukur, atau menipiskan alis

8) Wanita mengikir gigi

9) Wanita melakukan tatu

10) Wanita melihat aurat sesama wanita atau bergabung dalam satu pakaian

11) Wanita melakukan musahaqah

12) Wanita memakai wangi-wangian agar dikagumi orang lain

13) Wanita memasuki pusat rawatan kecantikan awam

14) Wanita berkhalwat dengan lelaki bukan muhrim

15) Wanita tidak melayan kehendak suami

16) Wanita menceritakan rahsia hubungan suami isteri kepada orang lain

17) Wanita menerima tetamu lelaki bukan muhrim tanpa izin suami

18) Wanita keluar dari rumah tanpa izin suami

19) Wanita membenci dan menyakiti hati suami

20) Wanita mengingkari perintah suami yang baik

21) Wanita bermusafir tanpa muhrim atau suami

22) Wanita menceritakan sifat wanita lain kepada suaminya

23) Wanita berpuasa sunat tanpa izin suami

24) Wanita menginfakkan harta suami tanpa izinnya

25) Wanita kufur terhadap kebaikan suami

26) Wanita menyumpah anak

27) Wanita memaksa suami menceraikannya

28) Wanita memakai pakaian emas dengan sombong dan megah

29) Wanita menyakiti jiran tetangga

30) Wanita mencakar dan merobek pakaian ketika mendapat musibah

31) Wanita meratapi kematian

32) Wanita berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari

33) Wanita menziarahi kubur diiringi tangisan

http://www.murabbi.net

READ MORE- 33 Larangan Rasullullah SAW Terhadap Wanita

solat : mudah ke nk buat?

Solat dalam Islam tidak membebankan keupayaan semulajadi manusia. Malah merupakan satu amalan yang digemari. Selain dari ibadah menyembah Tuhan, solat juga mempunyai rahsia-rahsia yang tersembunyi untuk kesihatan seorang individu itu.

Solat dalam Islam merupkan mahkota orang-orang muslim, solat adalah ikatan yang terkuat antara hamba dengan Tuhannya. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam akan mendamaikan hati dan ketenangan akan tercapai dengan solat yang khusyuk.

Oleh itu, tidak perlu dipertikaikan lagi mengapa solat itu diwajibkan dalam Islam. Dengan mengerjakan solat setiap muslim itu akan dapat mendekatkan dirinya pada Tuhan, bermohon dan bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan kepada hamba-hambanya.
Solat boleh memberi beberapa manfaat kepada orang yang mengerjakannya. Antaranya ialah :

  • Membiasakan diri mengamalkan kebersihan
  • Melatih daya memusatkan fikiran
  • Melatih menenangkan fikiran
  • Melatih diri ke arah menghargai waktu.
  • Melatih diri untuk membuat sesuatu yang tepat.
  • Solat berjamaah boleh menanamkan rasa muhibbah antara sesama insan.
  • Memberi kerehatan saraf.
  • Memberi pengakuan terhadap Maha Pencipta dan mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
Solat adalah ibadah yang mudah untuk dikerjakan, ia tidak membebankan sama sekali bagi muslim yang ingin mengerjakannya.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud :
Allah tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia akan mendapat pahala dengan apa yang diusahakannya. Dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”
Dalam dunia moden hari ini, setiap orang mempunyai tugas yang tertentu, yang mana kadangkala menimbulkan kesukaran untuk seseorang itu menunaikan solat yang tepat pada waktunya.
Walaupun solat di awal waktu itu lebih afdhal tetapi kerana hal-hal tertentu menyebabkan seseorang itu terlewat mengerjakan solat. Hal ini terjadi mungkin disebabkan sesuatu urusan yang penting dalam pekerjaan. Dlam kesibukan-kesibukan tertentu, Islam tidak pula menghalang kepada perkembangan zaman moden, kerana tugas ibadah itu boleh dilakukan dengan mudah iaitu :
  • Anda boleh solat dengan pakaian yang ada pada badan anda, asalkan bersih dan menutup aurat.
  • Anda boleh melakukan solat di mana-mana penjuru bilik yang bersih dan tidak ada najis, asalkan tentu arah kiblatnya.
  • Wudud (air sembahyang) juga boleh diambil di mana-mana kerana air tidak menjadi masalah dalam dunia moden sekarang ini. Di mana-mana ada paip air.
  • Jika anda menghadapi masalah tentukan arah kiblat, anda boleh berpandukan arah matahari terbenam. Tetapi jika anda berada ditengah-tengah hutan dan tempat-tempat yang gelap, anda boleh menentukan arah mana kiblat yang anda fikir sesuai dengan yakin.
  • Walaupun air tidak menjadi masalah, tetapi sekiranya anda berada di kawasan yang tidak berair, anda boleh melakukan tayammum.
Justeru itu, tidak ada alasan bagi kita sebagai seorang individu muslim untuk meninggalkan solat. Kerana solat itu sangat mudah untuk dikerjakan dan tidak membebankan.Tp kenapa masih ada yg meninggalkan solat??

wallahu A'lam

READ MORE- solat : mudah ke nk buat?

senyum ^_^

DI SETIAP pagi, matahari mula menampakkan dirinya dan ia x lupa untuk melakar senyuman manis dengan sinar cahayanya yang dapat memberi rahmat dan manfaat kepada seluruh alam ini. Begitu juga dengan manusia, Allah SWT menganugerahkan kita dengan senyuman, maka lakarkanlah senyuman selalu sebagai tanda bersyukur di atas anugerah itu. Hidup ini menjadi lebih indah dan berseri sekiranya kita tidak kedekut dan sentiasa melakar senyuman terutamanya kepada orang-orang tersayang dan dekat dengan kita cam ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan.Bayangkan hidup ini tanpa senyuman atau ketawa, adakah kehidupan ini menjadi indah ?
Islam juga mengalakkan kita senyum. Sabda Rasulullah SAW : “Senyum itu adalah sedekah”. Hadis ini memberi motivasi kepada kita bahawasanya senyuman itu umpama kita bersedekah. Paling mudah dan senang untuk dilakukan. Tetapi tidak semua mengetahui apakah rahsia disebalik senyuman itu terutama dari segi kesihatan. Betul tak ?

Yup…Bila ditanya apakah kelebihan dan istimewanya senyuman korang itu ? Em ada yang menjawab, “ia boleh merapatkan dan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama insan, menghilangkan stress dan pape saje sewaktu dengannya”. Jawapan yang diberi itu memang betul, tapi korang tau x? senyuman juga boleh menjadi penawar terbaik pada kesihatan terutama kepada jantung kita.

Kajian telah dibuat di California, menurut kajian tersebut doktor mendapati risiko terkena serangan jantung boleh dikurangkan dengan pesakit digalakkan menonton program komedi. Pesakit yang disifatkan sebagai ‘suka ketawa’ menambah kadar kolesterol baik, yang melindungi mereka daripada sakit jantung, dalam aliran darah.

Penyelidik berkata, hasil kajian boleh menjadikan ketawa sebagai rawatan berguna kepada beberapa keadaan. Dr Lee Berk dari Universiti Loma Linda di California, yang mengetuai kajian, berkata: “Pakar klinikal terbaik memahami ada campur tangan fisiologi asas mengenai emosi positif seperti suka ketawa, optimis dan harapan seseorang. “Jadi, pilihan seseorang mengenai gaya hidup memberi impak penting kepada kesihatan dan penyakit.”
Luahan ketawa sebagai antara bentuk rawatan sudah dicadangkan sejak berdekad lalu, tetapi tidak banyak bukti kukuh mengenai kesan dari segi kesihatan kepada pesakit.
Bagi kajian terbaru, pesakit diminta memilih program komedi atau filem yang mereka dapati paling melucukan. Mereka kemudian diminta menonton program pilihan untuk sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama 12 bulan.
Hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan ‘Experimental Biology’ di New Orleans, menunjukkan selepas setahun kumpulan yang disifatkan suka ketawa menunjukkan peningkatan 26 peratus kolesterol baik.
Pesakit yang cuma mengambil ubat tanpa banyak ketawa cuma menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus. Kumpulan yang menonton program komedi juga menyaksikan penurunan 66 peratus dalam jumlah protein reaktif C yang merosakkan dan meningkatkan risiko sakit jantung, dalam tubuh. Sementara kumpulan satu lagi turut menyaksikan kejatuhan jumlah protein itu tetapi pada jumlah lebih kecil iaitu 26 peratus selama lebih setahun.

Kesimpulannya, setiap apa yang dianjurkan oleh Islam pasti ada hikmah dan rahsia disebalik suruhan itu. Cuma kita sahaja yang kurang mengkaji apakah rahsianya disebalik suruhan itu. so, ayuh! mulakan hari baru korang dengan lakaran senyuman dan ketawa kerana ia membuatkan diri korang merasa bahagia dan baik untuk kesihatan diri.=)

wallahuA'lam

READ MORE- senyum ^_^

NERAKA : Nama, Tingkat dan Penghuninya


NERAKA. Bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu. Manakala penjaganya adalah malaikat yang gagah perkasa lagi bengis. Apinya sangat panas berjuta kali ganda berbanding kepanasan api di dunia ini. Jika api itu jatuh ke bumi walaupun sebesar hama, nescaya hancur lebur dunia ini. Itulah gambaran kepanasan api neraka. Semua ini telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam kitab-NYA al-Quran Surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :

“Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.”

Di neraka, Allah SWT menciptakannya khusus bagi orang kafir dan termasuklah golongan yang ingkar suruhan dan perintah Allah SWT. Mereka diseksa dan dibakar di dalamnya. Amat mengerunkan. Takut. Amat menakutkan.

Neraka sebenarnya berasal daripada perkataan “Ibrani” bermaksud “unggun api” di mana menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia ini. Manakala terdapat tujuh nama dan pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali yang sedia menanti penghuni-penghuninya yang ingkar terhadap perintah dan suruhan Allah SWT ialah :

Neraka Jahannam
Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya. Tempat istimewa ini bagi orang-orang kafir dan mereka kekal di dalam selama-lamanya. Ini berdasarkan kepada Firman Allah SWT di dalam surah an-nisa’ ayat 169 yang bermaksud :
“Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.

Luza
Tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud:
“Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)

Hathamah
Neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

Sair
Tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

Saqru
Neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

Jahim
Neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

Hawiyah
Neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud:
“Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. “ (surah Al-Qariah: 8-11)

Kesimpulannya, itulah tujuh nama neraka dan tingkatannya. Di setiap tingkatannya terdapat kategori penghuni masing-masing. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengingati selalu peringatan Allah SWT supaya sentiasa menjaga diri dan keluarga daripada menjadi bahan bakar api neraka yang di dalamnya sangat panas lagi pedihhh. Wallahu A’lam.

READ MORE- NERAKA : Nama, Tingkat dan Penghuninya

bijak atau bodoh..anda yg tentukan

hehe..semu org nk jd bijak kan??kalu ayu,nk jd genius trus! best tu..nnt xyah study bnyk2..tp bila exam,dpt result top! haha..lalang! mengarut je semu tu..genius atau x..itu semu takdir Allah..ada la sebab nape Dia xbg kat kita jd cam budak2 genius..

masih lg segar dlm otak nie,ada sorg cikgu ayu pernah cakap..kat dunia nie xde org yang bijak atau bodoh...tp yang ada cuma orang yg rajin atau malas! mmg dah xleh lari dr lumrah nie..org malas xkan pernah berjaya ! setuju??...yup! mmg betol..tanpa usaha dan kerajinan yang tinggi..xmungkin kejayaan akan wujud sbb kejayaan itu memerlukan usaha dan pengorbanan..."eh! tp dia xyah study bnyk pun,dpt jugak result top!macam mana tu???"..hehe..lupakah kamu2 semu wahai sahabatku..Allah kan  dah berfirman bahawasanya setiap hambaNya mempunyai usaha masing2..

so..apa yg mereka dpt mmg sepadan dgn usaha mereka!..mungkin korang nmpk budak2 camtu x study tp bila exam result diorg lebih gempak..pointer xyah ckp la..kurang 0.01 lg nk dpt 4 flat! haha.. kita yg dok stay up tiap2 mlm sampai mata pun cam mata bear xplak dpt result cam dia kan?panas betol!..hehe..ayu phammm..sbb ayu pun pernah ada kwn cam gini..kalu bleh,rasa nk sedut je otak dia! haha...tp bila ayu pikir2 balik..ayu xtau apa usaha mereka dibelakang ayu..ye!mmg kita nmpk dia xstudy tp mana nak tau kan,kat kelas dia tumpu betol2..stay up diam2 ker..solat diorg mantap ker...xpun doa diorg mmg top! doakan senjata mukmin!...same jugak ngan tawakal..maybe diorg bertawakal n yakin bersungguh-sungguh dgn Allah...sesungguhnya dengan bertawakal itu la yang dpt membezakan antara org islam n bukan islam..walau apa pun yg kita usaha,tawakal mmg penting! sbb kalu korang usaha bnyk mana pun,Tuhan juga yg tentukan segalanya....

cuba kita tengok student yg dpt result power,mmg separuh drpd diorang ckp yg usaha bersungguh-sungguh sngt penting!..kalu diorg yg tiptop tu pun dah usaha bagai nak rak..apa plak kita yg biasa2 nie kan??kene 2kali or maybe 10 kali ganda la usaha...lgpun xde manusia yg lahir kat dunia nie trus jd pandai.dia pun masuk tadika jugak..sekolah rendah gak...hehe...kita semu berhak mendapt kejayaan!

info......
family kaya atau terpelajar..n dia pun bijak...itu dah dipanggil bijak sbb genetik..family miskin dan tidak terpelajar tp dia bijak....itu la yg dipanggil genius !...so,korang termasuk dlm kategori mana satu?hehehe

wallahu A'lam

READ MORE- bijak atau bodoh..anda yg tentukan

tinggalkan solat??

Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah. Di mana ada seorang anak muda telah berjumpa dengan Rasulullah SAW sambil menanggis, pada ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk bersama sahabat-sahabat yang lain.

“Mengapa engkau menangis wahai anakku?” tanya Rasulullah SAW.

“Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?” Tanya anak itu dengan perasaan sedih.

Apabila mendengar rintihan anak muda itu, maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan sahabatnya Abu Bakar dan Umar untuk pergi melawat jenazah itu. Apabila sampai di sana, betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, melihat mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali memberitahu kepada Rasulullah SAW apa yang mereka lihat .
Maka Rasulullah SAW pun datang sendiri ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah SWT sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah SAW menanyakan anak muda itu apa yang dilakukan dan dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya di dunia.

“Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya,” jawab anak itu.

Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda kepada para sahabatnya, “Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat.”

Kisah di atas menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Di atas dunia lagi telah ditunjukkan balasan bagi orang yang meninggalkan solat. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah tersebut. Mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA iaitu menunaikan kewajipan solat lima waktu dan suruhan-suruhan lain.

READ MORE- tinggalkan solat??

Kesatlah Air Matamu....

*this is my favourite article.petikan drpd i luv islam..ayu sngt suke kisah nie..maybe because i'm women..so,ayu rasa xslh kongsi kisah nie ngan korang............sedih, tp itu la kenyataan nya..manis bg mengerti tp pahit bg yg sebaliknya.....


“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”



Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.


Menjadi seorang isteri…. Kepada insan yang disayangi….. Idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.


Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.


“Assalamualaikum,” satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.


“Waalaikumusalam,” jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.


“Ain buat apa dalam bilik ni? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi.”


Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan ‘abang’ dari bibirnya.


Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai ‘buah hati’ nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.


Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.


Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. “Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan?ujarku.


“Ha’ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye?” Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.


Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.


Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.


“Abang…..” aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.


“Ya sayang…” Ahhh….bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.


“Abang… terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah.” Tutur bicaraku ku susun satu persatu.


“Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya.”


“Insya Allah abang…. Ain sayangkan abang.”


“Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.”


Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.


Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.


Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.


Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat1 di Gua Hira’.


Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!


Ahhh…. dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

“Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.



Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.


Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.


Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.


Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.


Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.


“Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.” Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.


Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.


Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.


Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.


“Ain….. Abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.”


“Apa dia abang?” tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. “Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri,” bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?


“Abang ada masalah ke?” Aku cuba meneka.


“Tidak Ain. Sebenarnya……,” bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.


“Ain…… Abang….. Abang nak minta izin Ain…… Untuk berkahwin lagi,” ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.


“A….. Abang….. nak kahwin lagi?” aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.


Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.


Tanpa bicara, dia mengangguk. “Dengan siapa abang?” Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi…. hatiku… hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.


“Faizah. Ain kenal dia, kan?”


Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.


Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.


“A…. Abang…… Apa salah Ain abang?” nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.


“Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain.”


“Tapi….Faizah. Abang juga sayang pada Faizah…. bermakna….. sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi.”


“Ain….. sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah…. Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.”


“Lagipun…. abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu.”


Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?


Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.


Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.


Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.


Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!
Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.


Oh Tuhan….. ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.


Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?


Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.


Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.


Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.


Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.


Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?


“Oh Tuhan… Berilah aku petunjukMu.” Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi2 kembali matlamat hidupku.


Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah?


Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.


Biarlah… Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?


Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.


Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.


“Ain?…… Ain serius?”


“Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau… Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia,”ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.
Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.


Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.


“Izah…… akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan,” setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.


“Apa dia, Kak Ain. Cakaplah,” lembut nada suaranya.


“Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?”


“Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?” Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.


“Pernah dia cakap dia sukakan Izah?”


“Sukakan Izah? Isyyy…. tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni?”


“Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita…….” Aku terdiam seketika. “Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?” Dengan amat berat hati, aku tuturkan kalimah itu.


“Kak Ain!” jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. “Apa yang Kak Ain cakap ni? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain,” kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.


“Tidak Izah. Akak tak bergurau…… Izah sudi jadi saudara Kak Ain?” ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.


“Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang…… Ustaz Harris….. mahu… melamar saya?”


Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.


Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.


“Kak Ain….. saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka,” ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.


“Izah… Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain.”


“Kak… Maafkan Izah.” Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.


“Jadi… Izah setuju?” Soalku apabila tangisan kami telah reda.


“Kak Ain…. Ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain.”


“Soal Kak Ain…. Izah jangan risau, hati Kak Ain… Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah.”


“Akak….. Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.”


“Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah.”


Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah….. Inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.’


Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.


Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.


“Ain….. Abang minta maaf sayang,” ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.


“Kenapa?”


“Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi…. Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang…. malu dengan Ain.”


“Abang…. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang.”


“Ain…. Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain.”


“Tapi… Abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.”


“Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya.” Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.
ada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.


Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.


Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku.


Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.


“Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?” ujarnya lembut.


“Ain rindu abang. Rindu sangat.” Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.


“Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang?” Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.


“Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain?” Aku menduga keikhlasan bicaranya.


“Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang.”


Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.


Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.


Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.


Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-siakan kasih sayangku padanya.


Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.


Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi ‘ibu’ mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh… anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.


Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi….. ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.


Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

“Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majahj)

sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu,Saban hari aku berperang dengan perasaan.Perasaan sayang,luka.marah,geram,cemburu semuanya bercampur aduk.Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi,Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu.KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu.KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang,semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

namun,jika aku punya pilihan,pastinya aku tidak mahu bermadu.Kerana ia sesungguhnya memeritkan.perlukan ketabahan dan kesabaran.Walau bagaimanapun,aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini. 





READ MORE- Kesatlah Air Matamu....

Sunday, November 14, 2010

cinta tu mahal....tp....

cinta???haha..sesuatu yg mmg selalu kita dngr tp cukup complicated! ayu mmg pernah bercinta...ngan Allah..Rasul..family..n buku..tp xpernah bercinta ngan org bukan muhrim! itu dosa namanya...

cinta tu sangat mahal bagi ayu..bukan semu org leh dpt kecuali org yg betol2 rapat n berjasa pada kita..am i right??..contoh..ayah..ayah dh bnyk berjasa dlm idop ayu..tnp ayah,ayu xkan jd manusia skrg.ayah keje susah2..besar kan kami adik beradik..bg duit belnja..beli mknan..kalu nk hitung,mmg xabis!.so..mmg patot ayu bg cinta tu kat ayah...cuba korang compare plak dgn laki yg bukan muhrim (bf)..baru kenal xsampai sepuluh thn..pernah ke dia bg mkn macm ayah??xkan ??tp knp tibe satu tahap ada yg syg laki bukan muhrim nie lebih dr ayah??...

ok2..ayu tau..ayu mmg xlayak nk cite sal cinta nie sbb ayu xpernah rasa..yup! mmg ayu ngaku..sbb ayu sedar camnie la,ayu xcouple..cinta ayu mahal..bukn leh bg sesuka ati je..bukan leh panggil "syg"sesuke ati je..i'm women..ada maruah! maruah tu penting...jgn clarkan dia sbb menda2 camnie...kalu semu benda dh bg kat bf,apa lg yg tinggal utk our future husband??...kita ckp nak yg baik,tp kalu kita sndr xcuba jg baik..camne nk dpt yg baik?..kalu betol pun laki tu suke kat kita,dia xkn mintak couple tp ajak kawin...dtg jumpa parents,bukan ckp kat kita..bukan dok luahkan isi hati kat kita...TP.mana nk cari??.ssh kan nk cari laki camtu..1 dlm sejuta kot??haha...

so..ayuh! mari kita sama2 renungkan..cinta yg Tuhan bg tu mahal n suci..tp manusia tu sendr yg dah kotorkannya..ayu xckp suruh korg clash ke pe.cuma renung2 kan la..ayu mmg xphm ngan situasi korg sbb ayu xpernah rasa..tp mmg ayu xnk rasa pun! insyallah..hehe


*ngah tunggu azan subuh..sekali lg xtido mlm..huhu(5.13pg)

READ MORE- cinta tu mahal....tp....

orang zaman sekarang....

haha..bila teringat sal cite nie..mesti ayu ketawa sorg2..agak kelakar tp itulah kenyataannya! penyakit hati cam hasad dengki,ujub.riak,takabur n mcm2 lg selalu singgah kat ati kita kan? ..hah??x? yeke??..ok2..maybe ayu sorg je kot yg pernah rasa.astaga!.ayu ngaku sbb ayu hanyalah insan biasa..bnyk kekurangan..hehe

cite nie dh lama..dlm 4thn yg lepas..masa tu zaman ke"busy"an yg terlampau..haha..busy mengalahkan PM..cewah!..biasa la..pelajar harapan sekolah n daerah (opps! nie bukan nk bangga..cuma nk bg tau satu kenyataan)...mmg mmg mmg busy !....aritu kitorg ada satu exam..ntah la..xingat nama exam tu pe..ye ah! exam bnyk sngt..nama pun pelik2..TOV la..OTI la..mcm2 la (masa kat sekolah goverment lg)...kat kelas ayu nie,ada sorg budak laki.pandai gak la..kira dia nie pencabar utama ayu la..biasanya kalu kedudukan dlm kelas...kalu bukan ayu no 1..mesti dia no 2....mak kitorg mmg saling mengenali (jiran lohhh)...nak dijadikan cite..masa exam tu,ayu dpt result rendah sket...dpt no2.budak laki tu dpt no 1 ! first time nie berlaku! cikgu pun xsangka..dia mmg happy.

dia??..."akhirnya dpt kalahkan ayu nushka..hohoho"...
ayu plak? "alahai..standard ar..no je."..(think positive..hehe)..

.mak dia tau anak dia dpt no1..apa lg..trus call mak ayu!

jeng! jeng! jeng!

"hmm..nmpk gayanya anak sy plak la yg menang (nada menyindir)"
"xpela..tahniah la.."..mak ayu balas..(mak mmg cool! i luv u mom...huhu)

balik dr asrama..mak cite la hal nie..serious! first time dngr bukan nak marah tp ketawa! haha..yelah!! cuba korg tgk situasi my friend n his mom..happy giler kan dpt pintas ayu nushka buat kali pertama?? nmpk sngt diorg dh lama kempunan..ayu xmarah kalu dia nk amik no1 tu..ala..kali sekala bg kat org lain..apa slhnya kan??haha tp yg ayu agak terkejut n terkilan...tindkan mak dia! sampai g2 sekali...xperlula nk sombong kalu itu kali pertama dpt ! setuju???

pas satu bulan..kitorg dikejotkan dgn exam lg!aiyaaa!!!! tp nie bukan main2 punya..exam trial la!..so..ayu nushka mesti study hard (kene kekalkan prestasi utk sekolah)..oppss! not study hard..but study smart..hehe...exam pun bermula n berakhir ngan jayanya...bila tgk result..alhamdullah..no1 kembali dlm genggaman..budak laki tu??hmm..ntah la..xingt no berape...sejak dr exam tu n seterusnya..no1 tu trus static kat tgn ayu....mak dia??...dah malu nk jumpa kitorg..huhu

so...moral of the story..ayu bukan nk bangga ngan result ke pe..tp nak cakap...jauhilah sifat dengki n sewaktu dgnnya kat ati kita nie..kdg2 Tuhan saje nk bg nikmat,sbb dia nk uji..tp kalu nikmat tu dh buat kita lalai..sbb tu kene tarik balik..nmpk betapa Tuhan sygnya kat kita..xnk kita terjerumus lebih jauh...kan???hehe..

jgn dengki dgn org lain sbb rezeki masing2 sudah tertulis !

READ MORE- orang zaman sekarang....

bagaimana jika Allah mencintai kita???

  Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:
"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
 Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
 Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua pembaca disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

READ MORE- bagaimana jika Allah mencintai kita???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hear me !!


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com