"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ALLAH"

Popular Posts

Thursday, March 31, 2011

Andai Kata Lebih Panjang Lagi, Andai Kata Masih Baru, Andai kata Semuanya..

Suatu hari Rasulullah s.a.w. menghantar jenazah seorang sahabat sampai ke kubur. Apabila Baginda kembali, beliau singgah sebentar untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap sabar dan tawakkal menerima musibah itu.

Kemudian, Rasulullah s.a.w. berkata, "Tidakkah Allahyarham mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?"

Si balu menjawab, "Aku mendengar dia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal."

"Apa yang dikatanya?"

"Aku tak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, atau pekikan pedih kerana dahsyatnya Sakaratul Maut. Cuma, ucapannya memang payah difahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong."

"Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah s.a.w..

"Dia mengatakan andai kata lebih panjang lagi, andai kata masih baru, andai kata semuanya…, hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya.

Rasulullah s.a.w. tersenyum.

"Sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru. Suatu dia sedang bergegas untuk ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang buta dengan tujuan yang sama. Maka, suamimu memimpinnya hingga sampai ke masjid. Tatkala, hendak menghembuskan nafas penghabisan, dia menyaksikan pahala amal solehnya itu, lalu dia pun berkata, "Andainya lebih panjang lagi." Maksudnya, andai lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula."

"Ucapan lainnya Ya Rasulullah?" Tanya si isteri mulai tertarik.

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Adapun ucapan yang kedua dikatakannya,ketika dia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu dia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan dia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka, dia mengambil mantelnya yang lama, diberikan kepada lelaki itu. Dan mengambil mantelnya yang baru lalu dikenakan pada badannya sendiri. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata, "

Cuba andaikan yang kuberikan padanya bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi." Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.

"Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya ya Rasulullah?" Tanya si isteri semakin hendak tahu.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan, "Ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagikan rotimu menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Kerananya, dia pun menyesal dan berkata, " Kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak aku berikan separuh. Sebab andai kata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda."

Maksud Ayat 110 Surah al-Baqarah;

" Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Moral: "Hakikatnya, memang itulah keadilan Alllah. Kalau kita berbuat baik, sebetulnya kita berbuat baik kepada diri kita sendiri. Dan kalau kita berbuat jahat, sebetulnya kita telah berbuat jahat kepada atas diri kita sendiri pula."

selawat~

sumber : facebook 

READ MORE- Andai Kata Lebih Panjang Lagi, Andai Kata Masih Baru, Andai kata Semuanya..

Wednesday, March 30, 2011

Temuduga Tertutup Sbg “Calon Jenazah”

Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian.

Kekosongan Jawatan:
1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)
1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.

Tarikh Temuduga:
Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.
Lokasi Temuduga : Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:
Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.

Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga : Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Bocor:
1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?

Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.

sumber: facebook

READ MORE- Temuduga Tertutup Sbg “Calon Jenazah”

wanita,berbahagialah kamu!!

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang

jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80

rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu

badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam

keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana

menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat

isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan

kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang

sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh

binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan

berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti

meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan

mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan

setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan

dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun

solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka

maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah

akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola

emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola
perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki

syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80

tahun ibadat.

Hadis nabi mengenai wanita:

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia". 


sumber:facebook

READ MORE- wanita,berbahagialah kamu!!

Sunday, March 27, 2011

Bergembiralah menjadi manusia yg ganjil!

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]
Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam.Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati jenih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas denganNya.
Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?
Ketika ramai orang di sekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing, tudung disingkat-singkatkan, baju semakin nipis, seluar semakin ketat, kain semakin sendat, fesyen moden semakin dahsyat, tetapi anda masih mengekalkan cara pemakaian Islam yang sebenar. Anda disinis, ditertawa, diperlekehkan. Pernahkah??

Ketika ramai kawan-kawan menjerumuskan diri dalam cinta duniawi, ber’couple’ sana sini, huhahuha dengan lelaki, bergelak dan bermesra dengan teman sehati, menonton wayang bersama pasangan sendiri, bergayut di telefon sehingga lewat malam tanpa arah tujuan, bermanja-manjaan, tetapi anda masih berpegang dengan pendirian al-Quran dan as-Sunnah. Anda Pelihara Mukadimah Zina. Anda dipulau, dikutuk, dijadikan bahan umpatan, digelak tawa bersama teman. Pernahkah anda lalui semua ni??
Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?
Saat zina dan arak berleluasa, rasuah dan riba’ bermaharajalela, pergaulan bebas semakin melata, tapi anda masih lagi teguh dengan keimanan terhadap Allah. Anda dicaci, dihina, diherdik. Pernahkah anda punya pengalaman sebegini??

Jika PERNAH, maka berbahagialah!
Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

sumber: aku.islam.com

READ MORE- Bergembiralah menjadi manusia yg ganjil!

Saturday, March 26, 2011

Berkemban dan berbikini, Saya bangga dengan gadis ini…

Bismillah…


opsss… jika anda pembaca lelaki yang gemar menatap foto lucah, mohon maaf kerana entry ini tidak menyediakan hidangan syahwat tersebut.   Meskipun dengan tujuan sekadar hiasan.  Matlamat tidak menghalalkan cara… betul?


Jika saya melakukannya bererti saya mengkhianati mata saudara yang bukan milik saudara.  Bahkan milik Allah SWT yang hanya dipinjamkan buat sementara waktu… yang mana di akhirat kelak, ia akan ditanya… ke arah mana ia digunakan?  Tangan saya pula akan ditanya,  foto apa yang telah saya up loadkan di dalam blog untuk tatapan pengunjung…   saya tidak mahu tergagap-gagap menjawab soalan-soalan munkar nakir di dalam kubur…tetapi menjawab dengan penuh konfiden sama seperti saya pernah jawab soalan SMU di sekolah dahulu.  Dengan izin Allah.


Ok… saya sayangkan mata saudara sama seperti saya sayangkan mata saya sendiri… jadi bawa-bawalah melihat perkara yang boleh menyucikan hati dan mendekatkan diri kepada Pencipta mata tersebut… boleh? 


Namun begitu,  jangan serik untuk meneruskan bacaan… mungkin ia berguna jika saudara memiliki adik beradik perempuan, anak-anak perempuan, isteri dan saudara mara perempuan.


Ekoran isu artis berkemban, Fasha Sanda berbikini, nama artis wanita seperti Lisa Surihani dan lain-lain menduduki tempat pertama dalam carian google Malaysia, saya merasa terpanggil untuk menulis buat semua gadis yang dikasihi kerana Allah semata.


Sepanjang menjadi pengguna internet dan selepas membuka akaun Facebook, antara perkara ketara yang dapat dilihat ialah perlumbaan dari para gadis dan wanita menonjolkan kecantikan masing-masing kepada umum.
Jika yang bertudung tetapi berwajah jelita, maka wajahnya itulah yang menjadi taruhan.  Entah kepada siapa mahu dihidangkan kejelitaan masing-masing itu dan kepada siapa sebenarnya senyuman dilemparkan…   ???
Biarlah persoalan ini dijawab sendiri oleh empunya diri.
Jika yang kurang jelita, zaman sekarang banyak alat make upnya dan foto juga boleh diedit untuk kelihatan cantik.  Wajah berjerawat tampak licin dalam gambar.  Jeragat dan parut jerawat boleh disembunyikan.  Yang gelap nampak putih melepak.  Bab-bab make up ini, bukan lagi menjadi tabiat para wanita, bahkan para jejaka juga tidak ketinggalan bermake up untuk kelihatan menarik semasa bergambar.  Akhirnya semuanya tampak serba sempurna.  Foto-foto yang sudah mengalami pengubah suaian inilah yang diup-load ke dalam blog dan akaun-akaun sosial.
Itu belum diambil kira soal gaya semasa bergambar.   Perhatian siapa yang diraih sebenarnya?
Hanya empunya diri yang lebih mengetahui jawapannya.
Hari ini, melalui medium internet, para gadis dan wanita menjadi bertambah murah. 
Jika dahulu, bukan main susah para jejaka yang meminati seseorang mahu mendapatkan walau sekeping foto gadis tersebut, hari ini, klik mouse dan copy paste sahaja… sudah selesai.  Selepas itu bolehlah dibesarkan kepada saiz berapa pun dan print sahaja…siap!
Selepas itu, bergantunglah kepada tahap keimanan masing-masing… mahu simpan di dalam dompet, tampal dalam almari, ‘hadiah’ kepada bomoh, edit semula dan gabungkan dengan tubuh bogel orang lain kemudian disebarkan kepada umum dan pelbagai ragam lagi.
Memang begitukah sifat dan fitrah wanita?  Suka dirinya menjadi bahan tatapan ramai lelaki dan dirinya dipergunakan dengan sewenang-wenangnya??? 
Jawablah sendiri… kerana anda lebih mengenali diri sendiri.
Berada di dunia  yang menghampiri kiamat yang mana jumlah lelaki fasik lebih ramai dari lelaki beriman ini, sikap murahan ramai gadis-gadis hari ini lebih mengundang penyakit kepada diri sendiri.  Penyakit itu bukan sekadar menimpa individu, bahkan menjadi virus kepada masalah sosial masyarakat dan negara. 
Kesan sikap suka menonjol tidak bertempat ini juga mengakibatkan tempias fitnahnya mengenai hati-hati lelaki yang mahu menjaga imannya.  
Contoh menonjol yang bertempat ialah sebagaimana watak Anna Althafunnisa’ dalam novel Ketika Cinta Bertasbih atau peranan yang dimainkan oleh Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar dan sebagainya lagi.  
Bukan itu sahaja, melihat usikan-usikan kepada isteri-isteri orang yang berwajah jelita di akaun Facebook juga adalah satu perkara biasa.  Di balas mesra pula oleh empunya diri.  Entahlah, belum cukup lagikah perhatian suami yang sah anugerah Allah itu?
Mungkin juga silap suami, kedekut pujian kepada isteri sendiri… akhirnya isteri merasa suka dipuji oleh lelaki lain.
Memang ‘confirm’… dan 2 x 5… dalam ramainya gadis dan wanita bertambah murah… lelaki pula ramai bertambah dayus.   Membiarkan aurat anak gadis, adik beradik perempuan dan isteri terdedah secara percuma kepada lelaki ajnabi.  Biar pun lelaki itu tunggang terbalik menghabiskan masanya di masjid, atau hafal 30 juzuk al-Quran, atau janggut panjang hingga ke lutut, atau sijil agamanya berjela-jela sampai master atau PhD… namun tiada ertinya semua itu jika tidak mampu bertegas dengan ahli keluarga.  Yang mana dibimbangi ahli keluarga perempuan yang tidak diajak sama menyintai Allah dan RasulNya itu akan lebih kuat tarikannya menuju ke neraka… na’uzubillah.
Jika itu menjadi pilihan hati… apa yang boleh diperkatakan lagi…
Nasib baiklah para Ummahatul Mukminin dan para tokoh mukminah solehah tidak mempunyai walau sekeping gambar untuk dilihat generasi selepasnya.  Maka sejarah mereka hanya diperkatakan tentang mantapnya aqidah mereka, mulianya akhlak mereka, hebatnya ibadah mereka dan sumbangan mereka terhadap Deenul Islam.  Walaupun sebahagian mereka disifatkan sebagai jelita, namun tiada gambaran fizikal diberikan; hidung mancung bak seludang, pipi bagai pauh dilayang, bibir bak delima merkah dan sebagainya lagi… sama sekali tidak ada!!!
Wajah-wajah mereka juga selamat dari teknik ‘super impose’ dan pelbagai lagi unsur khianat yang mungkin boleh dilakukan oleh para musuh Islam.
Ia bukan objektif wanita dijadikan… untuk dipuja kecantikan lahiriah semata… Sebaliknya untuk menjadi pasangan yang halal kepada lelaki, memberikan ketenangan di dalam rumahtangga serta melahirkan zuriat yang soleh.
Apabila para gadis@wanita kembali  memenuhi peranan mereka sesuai dengan objektif mereka dicipta, jadilah harga diri mereka mahal bahkan lebih mahal lagi dari nilai bidadari syurga.
Saya bukan mahu membahaskan hukum boleh bergambar atau tidak di sini.  Jika ia foto yang tidak menutup aurat, sudah jelaslah hukumnya jika dipaparkan kepada umum.
Bukan juga mahu membicarakan harus atau tidak memaparkan foto masing-masing di khalayak ramai.  Jika foto mendedah aurat dan pose menggoda, maka jelaslah haramnya.
Persoalan yang perlu dijawab kepada diri sendiri ialah sejauh mana keperluan berbuat demikian?
Apakah manfaatnya lebih besar atau mudaratnya mengatasi manfaatnya?
Bukan itu sahaja, paling penting sejauh mana ia mampu membersihkan hati dari mazmumah dan memenuhi hati dengan mahmudah?  Kerana hati inilah yang akan dibawa menemui Allah SWT.
Apakah jiwa merasa tenang semasa melakukannya atau merasa tidak sedap hati atau merasa was-was, betul atau tidak cara dan tujuannya?
Semuanya hanya mampu dijawab oleh diri anda sendiri.
Dalam kegawatan ramai gadis berlumba-lumba mempertontonkan diri masing-masing, saya tertarik kepada seorang gadis yang menggelarkan dirinya Nona.  Nona merupakan pembaca blog ini dan menghantar komen di bawah pada 16 Ogos 2009 di bawah entry ini.  Sengaja saya paparkan di sini untuk renungan bersama terutama dari para gadis.   Saya merasa terhibur bila mendapati ada lagi gadis seperti ini pada hari ini.  Juga merasa bangga dengannya.  Gadis ini mengenali dirinya sendiri, mempunyai jati diri,  mengetahui hak serta memelihara maruahnya sendiri. 
” Assalamualaikum.
Saya kagum dengan entri akak ni.  Saya jangka tak ada orang dalam malaysia ni yang berpemikiran macam akak ni. Saya sebenarnya tak setuju dengan program2 pertandingan kecantikan muslimah ni.
Saya sendiri dah beberapa kali di tawarkan jadi model muslimah, dan banyak kali di “suggest” untuk masuk pertandingan contoh seperti pertandingan yg dianjur majalah muslimah, The Most Beautiful Woman in Malaysia, etc.
Tapi bagi saya, apa gunanya bertudung, jika saya dijadikan tatapan khalayak?
Apa gunanya menutup aurat, jika foto2 saya boleh disimpan oleh peminat2 lelaki yang menampal poster saya di dinding mereka atau menyimpan foto saya dalam wallet mereka sambil mereka berkata, “Ahh……. cantiknya Cik Nona ni… Mata bulat, bibir huuuhhhhhh…. kulit putih wow!” Apa gunanya ya?
Sebab hakikatnya macam tulah model2 dan selebriti2 muslimah di negara kita ni dipuja- sama macam model2 dan selebriti2 tak bertudung.  Bezanya, model2 muslimah ni bertudung.  Siapa boleh nafikan yang ramai lelaki “minat gila” kat Wardina- contohnya?  Malah kebanyakan model2 dan selebriti2 muslimah/bertudung sering dikaitkan dengan kecantikannya yang luar biasa… dan tentulah, mereka ni ramai peminat2 lelaki yang “tergila-gilakan” mereka.
So what’s the point of covering your awrah in the first place, if you will yourself to be admired and idolised for your beauty and ATTRACTIVENESS???  Doesnt it defeat the purpose of covering your awrah and being modest in the first place???
Mungkin saya ni agak ekstrim, tapi rasanya model ratu akhlak tu pun tak perlu. 
Islam telah mengangkat martabat wanita supaya sama macam lelaki.
Setiap lelaki dihargai kerana keunikan masing2- tiada istilah siapa paling kacak atau paling budiman untuk dipertandingkan.  Jadi kenapa perlu dibuat pertandingan2 ni untuk wanita??  Cuba bayangkan kalau pada zaman nabi ada pertandingan ratu perempuan? (ratu cantik bertudung, ratu akhlak, etc ec)- pelik tak??
Islam mengangkat martabat wanita supaya dia dihargai dan dilayan bak ratu yang sebenar-benarnya yakni bak puteri raja.   Tiada pertandingan “puteri cantik” di kalangan puteri2 raja- kerana mereka semua istimewa.
Kita tidak perlu pertandingkan arwah Puteri Diana contohnya, kerana kalau dipertandingkan dia lawan Cindy Crawford atau Tyra Banks, maka tak jadi puteri lah dia sebab dinilai dan dibanding2 kan apakah lebih cantik atau lebih berakhlak dari yang lainnya pada kaca mata “juri2 bertauliah/berakhlak/beragama/berpengalaman/etc)
Allahu’alam
Wa’alaykum salam wbh,
Bagus!  Akak setuju dengan Nona. Moga Nona diberi rahmat dan diberkati Allah hingga ke penghujung hayat.
Sepanjang usia akak lebih dari suku abad ini, akak perhatikan ramai si rupawan tertipu dengan kecantikan kurniaan Allah padanya.  Sedih memang sedih bila mereka hanya dijadikan alat pemuas nafsu lelaki meskipun mereka bertudung.  Akak sangat bersyukur kerana Allah tidak golongkan akak dalam kategori gadis-gadis cantik yang menjadi kegilaan ramai lelaki.  Tenang jiwa akak menuju Allah.  Tidak perlu fikirkan sangat ramai lelaki mahukan kita.  Bestkan…
Akak akan cemburu bila lihat gadis cantik yang solehah… sudahlah cantik, warak pula.  Namun susah betul cemburu jenis ini datang bertandang sebab susah benar mencari bunga yang cantik tapi harum baunya.
Benarlah perumpamaan Allah yang menciptakan banyak bunga yang cantik tiada bau yang harum.  Si Melur yang kecil molek dan hanya berwarna putih itu, kuat pula harumannya.  Begitu juga Si Cempaka yang tidak menarik itu.  Zahirnya tidak menarik perhatian si rama-rama namun harumnya memikat jiwa.
Nona adikku fillah,
Akak doakan Nona menjadi gagak putih di celah gagak hitam.
Moga Allah bersamamu selalu.

Gadis Tsunami Acheh yang jelita.
Mungkin ramai yang masih ingat peristiwa tsunami Acheh yang melanda pada 26 Disember 2004.  Juga tentu ramai masih ingat betapa banyaknya mayat-mayat bergelimpangan dalam keadaan menggelembung serta berbau busuk.  Namun saya kira tidak ramai yang mengetahui, di sebalik ribuan mayat yang membengkak itu, terdapat satu mayat gadis yang tidak seperti kebanyakan mayat-mayat lain.
Mayat ini dikatakan elok serta tidak berbau busuk seperti kebanyakan mayat-mayat lain.  Namun semasa ia ditemui, ramai orang yang tidak mengenalinya. Selepas diselidik, akhirnya ditemui orang yang mengenali gadis ini.  Orang itu menceritakan bahawa semasa hayatnya, gadis ini hanya suka diam di rumah.  Maksudnya, dia tidak keluar mempertontonkan dirinya di khalayak ramai tanpa ada urusan mustahak.  Dunianya hanya rumahnya.   Ramai orang kampungnya sendiri tidak mengenalinya.
Melihat kepada ciri-ciri yang ada padanya, mungkin ramai orang pada hari ini menganggap ia satu tingkah laku yang ketinggalan zaman, tidak up to date dan sebagainya… sedangkan realitinya, apa yang dilakukan bertepatan dengan tuntutan al-Quran dan hadis dalam menggariskan dasar buat para mukminah yang mengharapkan reda Allah.


sumber:facebook

READ MORE- Berkemban dan berbikini, Saya bangga dengan gadis ini…

Friday, March 25, 2011

cinta Kerana Allah

“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)
Alkisah seorang pemuda sufi jatuh cinta kepada seorang gadis. Cintanya pun berbalas. Namun malangnya, gadis itu ingin dijodohkan orang tuanya dengan lelaki lain. Kerana dorongan cinta, gadis itu mencari alternatif, ”Aku datang padamu, atau ku atur cara supaya kamu boleh menyelinap ke rumahku”, begitu penjelasannya.
“Tidak! Aku menolak kedua pilihan itu. Aku takut pada neraka yang nyalaannya tak pernah padam!” itu jawapan  pemuda itu sekaligus membuat sang gadis itu tersentak.
Pemuda itu memenangkan iman atas syahwatnya dengan kekuatan cinta. “Jadi dia masih takut pada Allah?”, kata hati kecil gadis itu . Seketika dia tersedar, dan tiba-tiba dunia terasa kerdil di hadapannya. Dia pun bertaubat dan kemudian mengabdikan diri untuk beribadah. Tapi cintanya pada si pemuda tersebut tidak pernah lupus. Cintanya berubah menjadi rindu yang berkelana dalam jiwa dan doa-doanya. Tubuhnya menderita didera rindu, dan akhirnya dia meninggal dunia.
Si pemuda tersentak. Itu mimpi buruk. Gadisnya telah pergi membawa semua cintanya. Maka kubur sang gadislah tempat dia mencurahkan rindu dan doa-doanya. Sehingga suatu masa,  si pemuda tertidur di atas pusara si gadis itu. Tiba-tiba sang gadis hadir dalam tidurnya, cantik, sangat cantik. “Apa kabar? Bagaimana keadaanmu setelah permergianku”, tanya sang gadis.
“Baik-baik saja. Kamu sendiri di sana bagaimana,”jawabnya.
“Aku di sini, di syurga abadi, dalam nikmat hidup tanpa akhir.” Jawab sang gadis.
“Doakan aku, jangan pernah lupa padaku. Aku selalu ingat padamu. Bila aku boleh bertemu denganmu?”, tanya pemuda lagi.
“Aku tidak pernah lupa padamu. Aku selalu berdoa agar Allah menyatukan kita di syurga, teruskanlah melakukan ibadah. Sebentar lagi engkau akan menyusulku,” jawab si gadis.
Hanya tujuh malam setelah mimpi itu, sang pemuda pun menemui ajalnya. Atas nama cinta, dia memenangkan Allah atas dirinya sendiri, atas nama cinta pula Allah akan mempertemukan mereka. Cinta kerana Allah, untuk Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, mengantarkan pemiliknya pada kebahagiaan yang mendalam.
Tidak ada cinta yang mati disini. Semuanya bermuara pada Zat yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Cinta di atas cinta, dan adakah yang lebih mulia cintanya dari suatu Zat yang begitu mencintai kita?  yang tak pernah meninggalkan kita di saat kita gusar dan bimbang. Cinta, semuanya atas nama cinta, cinta mampu mengangkat manusia menduduki posisi paling agung, ketika manusia mampu menempatkannya pada posisi terhormat di relung hatinya.
Cinta pada Yang Maha Mulia akan membuat seseorang jadi mulia, kerana jiwanya terisi  kemuliaan cinta yang hujungnya adalah menjayakan Allah dalam segala hal. Jiwanya tidak akan resah kalau – kalau  cintanya ditolak. Cinta yang berlandaskan keyakinan pada Allah yang Maha Sempurna akan membuat dirinya tidak takut akan kenyataan. Apalah erti kehilangan harta, sanak keluarga, bahkan orang yang “dicintai”, jika cinta dan rindunya selalu terpaut pada perjumpaan dengan Sang Maha Kekasih.
Sudah semestinya cinta kepada Allah diletakkan di atas segala-galanya. Kerana Dialah yang menciptakan cinta dan hati tempat cinta itu bersemayam. Cinta kepada Allah akan mewariskan kecintaan para hamba-Nya. Sebaliknya, cinta yang bukan kerana-Nya hanya akan mengundang murka-Nya dan murka makhluk-Nya. Beruntunglah orang yang hanya mencintai Allah saja dalam hatinya, dan mencintai makhluk hanya sekedar mencintai kerana-Nya.
Semestinya kita mencintai seseorang kerana imannya, dan membenci seseorang kerana maksiatnya. Tak selayaknya kepentingan duniawi mengubah arah cinta kita.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita cinta yang hakiki dan abadi hingga ke akhirat sana. Amin
 sumber : akuislam.com

READ MORE- cinta Kerana Allah

Thursday, March 24, 2011

wajah tampan yang menggoda Zulaiha

Dan wanita-wanita di kota berkata: “Isteri al-Aziz menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya): sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata”. (Yusuf: 30)
Berat sungguh malam yang panas itu dirasakan oleh Ra’il, wanita cantik yang biasa dipanggil dengan nama Zulaiha. Ia senantiasa mempercantik paras, menghias diri, dan memakai wangi-wangian. Kemudian berdiri, pagi dan petang, di beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam kegelisahan yang tak jelas penyebabnya.
Angin sepoi bertiup tenang dan halus, seakan enggan mengusik ranting-ranting pohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu, Zulaiha memandangi sungai dan airnya yang tenang, dan sesekali wajahnya menoleh ke atas, melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit nan tinggi, mengelilingi bulan yang sebahagian sinarnya terhalang oleh awan.
Sesaat kemudian, seorang pelayan menghampiri dengan segelas sari buah dingin untuknya, tetapi sang puteri menolak dan malah memerintahkan pelayan itu untuk kembali. Nafasnya semakin menyesakkan, serasa hampir-hampir mencekik lehernya. Dia sendiri tidak tahu apa yang digelisahkannya. Kecantikan? Bukan! Dia wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak? Mungkin itu benar, sebab sampai saat ini ia belum dikurniai seorang anak pun.
Sebenarnya ia dapat saja mengambil anak angkat yang disukainya, sebab ia orang terkaya di negeri itu. Tapi naluri keibuannya ternyata menentang niatnya. Dia ingin mengandung dan melahirkan puteranya sendiri, sebagaimana wanita-wanita lain. Tapi suratan takdir menghendaki lain, suaminya tidak kuasa mengubah impiannya menjadi kenyataan.
Berkecamuklah semua fikiran itu di kepalanya. Ia terlena dalam lamunannya, sampai suara halus suaminya tiba-tiba mengejutkan hatinya.
“Ra’il, isteriku yang cantik, bergembiralah!” Kata suaminya sambil menunjukkan sesuatu.
Zulaiha menoleh kepada suaminya, dan betapa terkejut ketika ia lihat suaminya datang bersama seorang anak kecil.
“Siapa namamu?” tanya Zulaiha.
Dengan suara yang hampir-hampir tidak terdengar, anak itu menjawab, “Yusuf”.
Al-Aziz, suami Zulaiha, kemudian mengikutinya dari belakang serta berkata, “Telah kubeli ia dari kafilah yang didapati disebuah telaga di padang pasir. Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi ia bermanfaat bagi kita, atau kita pungut ia sebagai anak”.
Isteri al-Aziz tidak mengetahui takdir apa yang bakal terjadi antara dia dan anak itu di hari-hari yang akan datang. Yang jelas ia merasa senang atas kedatangan anak itu, dan hilanglah kesedihan yang selama ini menghimpit dadanya.
Hari-hari berlalu.
Yusuf semakin besar dan menjadi dewasa. Wajahnya tampak semakin tampan. Isteri Aziz tidak mengerti kebahagiaan apa yang meresap di hatinya setiap kali ia memandang Yusuf, dan kesedihan yang menghantuinya ketika Yusuf hilang dari pandangannya.
Setiap kali malam tiba, dan Yusuf pergi ke kamar tidurnya, Zulaiha merasa ada sesuatu yang mengusik lubuk jiwanya, sehingga kadang kala ia bangun meninggalkan suaminya yang sedang tidur, kemudian pergi ke pintu kamar Yusuf. Zulaiha berdiri di pintu kamar Yusuf beberapa saat. Dalam hatinya timbul keraguan: apakah sebaiknya ia masuk menemui Yusuf seperti yang diinginkannya, ataukah ia kembali ke tempatnya sendiri di samping suaminya.
Fikiran seperti itu selalu mengganggu hatinya semalaman, sampai cahaya matahari pagi terlihat masuk melalui jendela-jendela kamarnya. Jika sudah demikian, ia kembali ke kamar suaminya.
Setiap kali pandangannya bertemu dengan pandangan Yusuf, ia merasakan keinginan yang kuat untuk selalu berada dekat pemuda itu, dan tak ingin rasanya berpisah untuk selama-lamanya. Namun, hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak memendam perasaan yang sama seperti perasaannya.
Pertanyaan yang selalu mengusik kalbunya adalah: Apakah Yusuf mencintainya sebagaimana ia mencintai Yusuf? Apakah Yusuf memendam perasaan seperti yang dipendamnya? Meskipun hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak menampakkan sikap seperti itu, ia tidak mahu mendengar jawapan itu.
Pada suatu petang, isteri Aziz merasa tidak kuasa lagi hanya berdiri di ambang cinta yang disimpannya kepada Yusuf. Dia kemudian berdiri dimuka cermin, mengagumi kecantikan parasnya, seraya berkata kepada dirinya sendiri, “Adakah, di seluruh Mesir ini, wanita yang kecantikannya melebihi kecantikanku, sehingga Yusuf menghindar dariku? Tidak boleh tidak, wahai, Yusuf, hari ini aku akan menjumpaimu dengan segala macam bujukan dan rayuan, sampai engkau tunduk kepadaku”.
Kemudian ia membuka lemari, dan matanya mengamati setumpuk pakaian di dalamnya. Dipilihnya salah satu gaunnya yang paling indah, berwarna merah dengan model yang membangkitkan ghairah laki-laki. Manakala gaun itu dikenakan, maka sebahagian auratnya yang seharusnya tersembunyi akan tampak. Itulah yang justeru dikehendakinya. Kemudian ia memakai wangi wangian di sekujur tubuhnya, yang menyebabkan lelaki akan berghairah kerana baunya.
Setelah itu, ia atur rambutnya seindah-indahnya di malam yang sunyi itu. Setelah menyelesaikan dan menyempurnakan dandanannya, Zulaiha mengamati sekelilingnya, hingga ia benar-benar yakin bahawa tidak ada seorang pun pelayannya yang masih menunggunya di situ; semuanya sudah lelap di kamarnya masing-masing di kegelapan malam itu. Ia pun tahu bahawa suaminya sedang memenuhi panggilan seorang hakim Mesir dan sibuk dengan urusan-urusannya, sehingga tidak mungkin ia akan kembali sebelum fajar pagi tiba.
Setelah segalanya beres, pergilah ia menuju kamar Yusuf. Didapatinya pintu kamar itu tertutup dan lampunya sudah dimatikan. Dengan perlahan ia mengetuk; satu kali, dua kali … dan tiga kali. Tak lama kemudian, Yusuf pun bangun menyalakan lampu dan membukakan pintu. Alangkah terkejutnya Yusuf ketika ia melihat isteri al-Aziz sudah berada di hadapannya. Tapi ia tidak berkata apa-apa kecuali hanya diam menunduk.
Tiba-tiba Zulaiha masuk ke dalam, mendekatinya dengan ramah, dan memegang tangannya sambil menutup pintu kamar. Zulaiha merasakan kegelisahan, ketakutan, dan tak boleh menjawab pandangan kedua mata Yusuf. Ia lalu berpaling ke arah Yusuf, sedangkan Yusuf selalu berusaha menjauh darinya.
Isteri al-Aziz kemudian berkata, “Apakah maksud semua ini, hai, Yusuf? Janganlah engkau menjauh dariku, sehingga aku binasa kerana rindu kepadamu”.
Yusuf diam tanpa jawapan.
Isteri al-Aziz mendekatinya lagi seraya berkata, “Aduhai, Yusuf, betapa indahnya rambutmu!”
Yusuf menjawab, “Inilah sesuatu yang pertama kali akan berhamburan dari tubuhku setelah aku mati”.
“Aduhai, Yusuf, betapa indahnya kedua matamu!” Bujuk isteri al-Aziz lagi.
“Keduanya ini adalah benda yang pertama kali akan lepas dari kepalaku dan akan mengalir di muka bumi!”
Isteri al-Aziz berkata lagi, “Betapa tampannya wajahmu, hai, Yusuf”.
“Tanah kelak akan melumatnya,” Jawab Yusuf.
Kemudian Zulaiha berkata kepadanya, “Telah terbuka tubuhku kerana ketampanan wajahmu”.
“Syaitan menolongmu untuk berbuat hal itu!” Kata Yusuf.
“Yusuf! Bagaimanapun aku harus mendapatkan apa yang selama ini kudambakan, dan kini aku datang kerananya”. Kata Zulaiha.
Yusuf menjawab: “Ke manakah aku akan lari dari murka Allah jika aku menderhakaiNya?”
Sedarlah isteri al-Aziz bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu memenuhi apa yang ia inginkan. Maka, ia pun lebih mendekat lagi, dan meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Ia berharap Yusuf akan tertarik kepadanya dan mahu memenuhi keinginannya. Akan tetapi, di luar dugaannya, Yusuf malah menghindar darinya dan segera berlari hendak keluar dari kamar itu.
Isteri al-Aziz tak habis berfikir mengapa Yusuf sedemikian keras mempertahankan kesuciannya di hadapan wanita cantik yang telah siap melayaninya, bahkan lari menjauh darinya. Ia lalu mengejar Yusuf dari belakang untuk memaksanya. Ketika sudah sangat dekat, dipegangnyalah bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya kuat-kuat. Dengan penuh kemarahan, ia melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, koyaklah bahagian belakang baju Yusuf.
Pada saat yang sama, tiba-tiba al-Aziz sudah berada di hadapan mereka berdua, bersama saudara sepupu Zulaiha. Dengan serta merta isteri al-Aziz berkata: “Apakah hukuman bagi orang yang akan berbuat serong kepada isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan seksaan yang pedih?” Dengan perkataan itu, Zulaiha bermaksud menyatakan bahawa Yusuf telah berbuat yang melampaui batas atas dirinya.
Al-Aziz sangat marah atas terjadinya peristiwa  memalukan itu. Kerana tidak menduga  hal itu dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang telah dibelinya, dipeliharanya, dan dikasihinya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Tidak mungkin hal itu boleh terjadi?
Yusuf sedar bahawa isteri al-Aziz telah berkata dusta tentang dirinya dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Maka, segeralah Zulaiha berkata kepada al-Aziz: “Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)”.

Allah ternyata menghendaki bebasnya Yusuf dari tuduhan wanita itu. Seorang bayi yang masih menyusu, anak salah seorang keluarga Zulaiha yang ketika itu datang ke  istana, tiba-tiba berkata, “Jika bajunya koyak di bahagian muka, maka wanita itulah yang benar dan Yusuf termasuk orang-orang dusta. Dan jika bajunya koyak di bahagian belakang, maka wanita itulah yang dusta dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar”.
Mendengar itu, segeralah al-Aziz menghampiri Yusuf untuk melihat bajunya. Demi didapatinya baju Yusuf koyak di bahagian belakang (kerana tarikan isterinya), mengertilah al-Aziz akan pengkhianatan isterinya dan bersihnya Yusuf dari tuduhan itu. Kemudian ia berkata: “Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu!”
Kemudian ia memandang Yusuf seraya berkata: “Hai, Yusuf, berpalinglah dari ini!” Maksud perkataan itu adalah agar Yusuf tidak memberitakan aib yang terjadi atas diri isterinya itu, sehingga tidak terdengar oleh orang ramai. Sedangkan kepada isterinya ia berkata: “Dan (kamu, hai isteriku) mohon ampunlah atas dosamu itu, kerana sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang berbuat salah”.
“Celakalah kamu, Yusuf!” Kata isteri al-Aziz dengan kemarahan yang memuncak, kerana Yusuf menolak kecantikan dan kebesarannya. “Tidak! aku tak akan membiarkanmu, Yusuf. Bagaimana pun akan kucari jalan lain yang dapat mempedayakanmu, hingga kamu memenuhi apa yang kukehendaki…”
Hari-hari pun berlalu, dan al-Aziz yang kalah dalam urusan itu berusaha memohon kerelaan isterinya menghadapi kenyataan itu, sementara sang isteri menyanggahnya dengan dalih bahawa suaminya telah menjatuhkan martabat dan kemuliaannya.
Zulaiha tahu benar bahawa setiap kali ia menampakkan kebenciannya kepada suaminya,  sang suami benar-benar berusaha mendekati dan membujuknya kerana ia sangat mencintainya dan merasa lemah di hadapan kecantikan wajahnya dan ketinggian peribadinya, yang sebenarnya bersifat mulia.
Yusuf sendiri akhirnya berdiam sepanjang hari di dalam kamarnya, kerana peristiwa aib itu terjadi di situ. Ia tidak keluar dari kamarnya kecuali ada suatu pekerjaan penting yang ditugaskan oleh tuannya, al-Aziz.
Hari-hari yang berat dan keras selalu menghantui isteri al-Aziz. Ia menanti datang suatu peluang untuk kembali melakukan tipu dayanya atas diri Yusuf, sebab apa yang baru terjadi itu justeru menambah rasa cinta dan keinginan untuk berhubungan dengan Yusuf, meskipun secara terang-terang ia telah berdusta atas diri Yusuf untuk menghilangkan keraguan suaminya terhadapnya.
Hari demi hari dirasakan oleh isteri al-Aziz dengan berat dan terasa lambat berjalan. Di kota, beberapa peristiwa yang tak terduga telah terjadi. Wanita-wanita di Mesir, ketika itu, tidak berkeinginan bicara lain kecuali tentang peristiwa aib antara isteri al-Aziz dan Yusuf. Yang sungguh menghairankan, bagaimana peristiwa itu dapat tersebar di seluruh kota, padahal semua pihak di istana al-Aziz berusaha merahsiakannya.
Pelayan laki-laki istana dan sebahagian pelayan wanita besar kemungkinan, merekalah yang membocorkan rahsia itu.
Langit ibu kota Mesir penuh dengan gema kisah sekitar kejadian itu. Dalam setiap kelompok wanita, tidak ada masalah lain yang dibicarakan kecuali tentang isteri al-Aziz dan Yusuf, semuanya dicurahkan tanpa segan silu.
Akhirnya, sampailah berita yang menyakitkan itu ke telinga isteri al-Aziz. Dan tentu saja hal itu menimbulkan kemarahannya yang luar biasa.
Akan tetapi, apa hendak dikata, ia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menerima kenyataan itu dengan hati yang semakin pedih. “Betapa perjalanan hidupku menjadi sepotong roti dalam mulut wanita-wanita kota yang dipenuhi cemuhan dan ejekan.” Keluhnya dalam hati, “padahal, di hari-hari kemarin, tak seorangpun dari mereka berani menyebut namaku kecuali dengan segala penghormatan dan kemuliaan”.
Kemudian ketenangan mulai meresap di hati isteri al-Aziz, setelah jiwanya tergoncang kerana kemarahan. Mulailah ia berbicara kepada dirinya sendiri:“ Aku wanita, dan mereka pun wanita. Harus mereka terima hinaan sebagaimana hinaan yang mereka tujukan kepadaku. Jika mereka memperolok-olokku dengan lidahnya, maka sesungguhnya olok-olokku nanti lebih keras atas diri mereka…” Maka, keluarlah dia dari kamarnya menuju beranda istananya yang menghadap Sungai Nil.
Di tepian sungai itu, ia mulai berfikir, sementara angin lembut menerpa pepohonan bunga yang mengelilingi istana, membuat harum udara di sekitarnya. Isteri al-Aziz mulai merenung; fikirannya berputar ke sana kemari, mengikuti alunan ombak sungai yang tenang.
Tak lama kemudian, wajahnya tampak sedikit berseri, kemudian mulutnya tersenyum. Telah ditemukan satu cara untuk membereskan masalah itu. Ya, mengapa ia tidak menghentikan cemuhan wanita-wanita itu tentang dirinya dan Yusuf dalam suatu pertemuan terbuka? Mengapa ia tidak memanggil wanita-wanita itu untuk duduk bercakap-cakap seperti biasa ia lakukan sebelum ini, lalu ia perintahkan Yusuf keluar (menampakkan diri di hadapan mereka)? Nanti mereka akan sedar dan mengerti mengapa isteri al-Aziz jatuh hati kepada anak angkatnya.
Kemudian dipanggilnya semua wanita itu ke istana untuk bersukaria. Kepada mereka dipersembahkan berbagai macam buah-buahan, dan masing-masing diberi sebilah pisau sebagai alat pemotongnya. Akan dilihat oleh isteri Al-Aziz apa yang nanti bakal terjadi ketika Yusuf muncul secara tiba-tiba di tengah-tengah mereka.
Hairanlah kebanyakan wanita bangsawan terhadap panggilan isteri al-Aziz itu. Mereka menyaksikan suasana yang lain dari biasanya. Ruangan istana, ketika itu, dihiasi dengan penuh kemegahan. Wanita-wanita yang hadir duduk di kerusi yang indah. Di hadapan mereka masing-masing terdapat sepinggan buah segar dan sebilah pisau pemotongnya.
Semua pandangan hadirin ditujukan kepada barang-barang yang ada dalam ruangan istana itu. Semuanya diam membisu, tak ada yang berani berbicara dengan jelas tentang apa yang tersimpan di dada dan mulailah isteri Aziz membuka acara. Pembicaraan hanya berkisar tentang buah dan masalah-masalah pesta ria itu, sama sekali jauh dari masalah peristiwa dirinya dengan Yusuf. Ia berkata bahawa segala yang disediakannya kali ini dimaksudkan sebagai kejutan bagi wanita-wanita itu.
Di antara wanita-wanita yang hadir dalam jamuan itu, ada salah seorang yang menyindir. Dengan cara yang cerdik, ia berkisah kepada hadirin tentang seorang pemudi yang jatuh cinta, dan mati dalam kesedihan kerana laki-laki yang meminangnya tewas di medan perang melawan musuh-musuh negerinya. Tetapi isteri al-Aziz, dengan lebih cerdik, mengalihkan pembicaraan ke masalah-masalah lain.
Kemudian ia berkata kepada Yusuf, “Keluarlah (tampakkanlah dirimu) kepada mereka.”
Maka, keluarlah Yusuf dari tempatnya menuju jamuan wanita-wanita itu. Betapa terkejutnya wanita-wanita itu demi melihat ketampanan Yusuf. Mereka sama tercengang dan kehairanan. Dan tanpa disedari, mereka memotong jari-jari mereka sendiri dengan pisau.
Mereka mengira sedang memotong buah, padahal tidak dirasakan darah mengalir dari tangan mereka. Lama-kelamaan mereka baru ingat dan menyedari apa yang telah mereka lakukan, kemudian berkata, “Maha Besar Allah. Ini bukanlah manusia. Ia tiada lain dari malaikat yang mulia”.
Ketika itu wajah isteri al-Aziz menahan sedih dan duka. Berubahlah wajah nan cantik itu menjadi marah. Dia berkata seraya menunjuk kepada Yusuf: “Itulah orang yang menyebabkan aku di cela kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menginginkan dirinya, tetapi ia menolak. Dan (sekarang) jika dia tidak mentaati apa yang kuperintahkan, nescaya ia akan dipenjarakan dan dia akan menjadi orang yang hina”.
Yusuf mendengar apa yang dikatakan oleh isteri Aziz dengan sikap yang tenang dan tabah, di hadapan wanita-wanita kota. Dia pun mendengar keinginan setiap wanita yang hadir, sebagaimana keinginan isteri al-Aziz terhadapnya.
Sambil berlindung kepada Allah, Yusuf berkata, “Tuhanku! Penjara lebih kusukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Allah hindarkan aku dari tipu daya mereka, tentulah aku tertarik kepada mereka. Dan tentulah aku termasuk orang yang jahil”. Allah meneguhkan hamba-hamba-Nya yang mukmin serta berlindung dan berpegang dengan kebenaran yang diperintahkan oleh-Nya …” Maka, Tuhan memperkenankan doa Yusuf, dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui”.
Pulanglah wanita-wanita kota itu dengan tangan mereka berlumuran darah. Mereka semua akhirnya sedar bahawa Zulaiha, isteri al-Aziz, terhalang cintanya kepada Yusuf.  Yusuf,  kemudian meninggalkan ruangan itu dan pergi ke kamarnya. Isteri al-Aziz tampak duduk sambil berfikir. Ia memang menghendaki kehinaan atas wanita-wanita yang menghina dirinya dengan Yusuf, dan hal itu telah selesai ia lakukan. Menanglah ia dengan suatu kemenangan yang dapat menyembuhkan sakit hatinya.
Akan tetapi, setelah ia lebih dalam berfikir, ia sedari bahawa perasaan yang ditanggungnya selama ini adalah suatu sebab yang berat baginya. Ia berbicara dengan dirinya sendiri: “Yusuf telah menghindar dariku dua kali; sekali dikamarnya dan sekali di hadapan wanita-wanita kota. Sesungguhnya wanita-wanita kota itu pun mencintai Yusuf sebagaimana aku, tetapi semuanya tidak memperoleh sesuatu darinya. Ancamanku kepadanya tidak ditakutinya. Celakalah kamu meskipun aku mencintaimu.”
Pergilah isteri al-Aziz menemui suaminya. Al-Aziz kemudian bertanya tentang jamuan yang diadakannya. Isterinya menjelaskan bahawa jamuan itu hanya menambah keburukan baginya.
“Bagaimana hal itu boleh terjadi?” Tanya Al-Aziz.
“Jika Yusuf tidak disembunyikan dari seisi istana dan kota, dia akan selalu berbicara tentang apa yang memburukkanku…” Jawabnya.
Maka, mendekatlah al-Aziz kepada isterinya seraya berkata. “Bagaimana engkau boleh rela dengan apa yang memburukkanmu?”
Gementarlah badan wanita itu, dan kemudian berkata: “Kalau begitu, masukkanlah Yusuf ke dalam penjara, sehingga semua orang akan melupakannya”.
Al-Aziz menyetujui usul isterinya itu. Tak lama kemudian, beberapa pengawal istana membawa Yusuf ke penjara. Tatkala Yusuf keluar dari pintu istana, isteri al-Aziz berdiri di belakang jendela kamarya sambil memandanginya. Ia merasa seolah-olah sebahagian dari hatinya tercabut, meskipun dialah yang mendesak suaminya agar memasukkan Yusuf ke dalam penjara.
Saban hari berlalu, dan kesedihan selalu mewarnai wajah isteri al-Aziz, sementara suaminya hanya boleh melihat hal itu dengan sikap diam dan tidak kuasa berbuat sesuatu. Wanita itu bertanya kepada dirinya sendiri: “Salahkah aku tatkala menyuruh al-Aziz memasukkan Yusuf ke dalam penjara? Ya, kuharamkan diriku melihat Yusuf… “Sekali lagi ia berfikir dalam kegelisahannya: “Tetapi, apakah aku bersalah dalam urusan itu?” Dia menyanggah dirinya sendiri untuk lepas dari azab, seperti seorang dermawan yang haus, tetapi tidak sanggup menjangkau air yang dipikul di bahunya sendiri.
Hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun berjalan tanpa sunyi dari cerita isteri al-Aziz dengan Yusuf. Pada suatu hari, datanglah utusan raja, memerintahkannya untuk datang keistana. Isteri al-Aziz sangat hairan, sebab hal itu belum terjadi sebelumnya. Dia bertanya kepada suaminya apa kira-kira yang menyebabkan sang raja memanggilnya ke istana.
Al-Aziz menjawab, “Mungkin ada urusan yang berhubungan dengan Yusuf.”
Mendengar nama Yusuf disebut lagi, lenyaplah segala dugaan. Tetapi, benarkah raja hanya berkehendak untuk berbicara dengannya tentang Yusuf?
Dengan penuh pertanyaan di benaknya, pergilah isteri al-Aziz menuju istana raja. Di sana didapatinya wanita-wanita yang telah memotong tangannya beberapa waktu yang lalu, semuanya menghadap Raja Mesir. Sementara itu, sang raja memandangi wajah para wanita itu satu persatu, kemudian mengajukan pertanyaan singkat kepada wanita-wanita itu:
“Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadamu)?”

Mereka menjawab serentak: “Kami tiada mendapati suatu keburukan padanya (Yusuf)”.
Tiba-tiba, tanpa diminta oleh Raja, isteri al-Aziz berbicara. Ia merasa telah tiba saatnya untuk berbicara terus terang perihal itu, agar hilang semua beban dosa kerana tindakan aniayanya terhadap Yusuf.
Di hadapan Raja, wanita-wanita kota, dan seluruh yang hadir di situ, dia menerangkan: “Sekarang jelaslah kebenaran itu. Akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku), dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar”.
(Yusuf berkata), “Yang demikian itu agar dia (al-Aziz) mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya di belakangnya, dan bahawasanya Allah tidak merelai tipudaya orang-orang yang berkhianat. Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang”.
Terjadi perbezaan pendapat tentang kehidupan perempuan itu selanjutnya. Sebahagian orang berpendapat bahawa sejak itu isteri al-Aziz hidup bersama kesedihan dan putus asa kerana ingatannya kepada Yusuf. Sebahagian yang lain berpendapat bahawa isteri al-Aziz itu akhirnya pindah ke suatu tempat yang jauh, dan tiada khabar beritanya sama sekali. Yang jelas, kehidupan wanita itu menjadi terganggu, kerana cinta kepada Yusuf.
Namun ada yang mengisahkan setelah peristiwa itu Zulaiha bertaubat kepada Allah SWT. Ketika Yusuf diutus menjadi Rasul dan menjadi penguasa menggantikan Al-Aziz, Nabi Yusuf berjumpa dengan Zulaiha yang ketika itu keadaannya sudah tua. Akhirnya Allah menjadikan Zulaiha muda remaja dan berkahwin dengan Nabi Yusuf. Maka jadilah Zulaiha sebagai seorang wanita yang solehah yang sentiasa beramal kepada Allah SWT.
(Kisah Zulaiha ini dapat di baca dalam Al-Quran surah Yusuf ayat 21-53)



Dipetik Dari Buku: 2002 Mutiara Kisah-kisah Wanita Syurgawi (Siri 2)
Pengarang: Habsah Md. Nor

READ MORE- wajah tampan yang menggoda Zulaiha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hear me !!


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com