"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ALLAH"

Popular Posts

Saturday, April 30, 2011

dengki

Dendam dalam bahasa Arab di sebut hiqid, ialah “Mengandungi permusuhan didalam batin dan menanti-nanti waktu yang terbaik untuk melepaskan dendamnya, menunggu kesempatan yang tepat untuk membalas sakit hati dengan mencelakakan orang yang di dendami”.

Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pemaaf. Tidak ada sesuatu  yang menyenangkan dan menyegarkan pandangan mata seseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sihat , bebas dari rasa kebingungan dan bebas dari rasa dendam yang senantiasa menggoda manusia.

Seseorang yang hatinya bersih dan jiwanya sihat ialah mereka yang apabila melihat sesuatu nikmat yang diperoleh orang lain, ia merasa senang dan merasakan kurnia itu ada pula pada dirinya. Dan apabila ia melihat musibah yang menimpa seseorang hamba Allah, ia merasakan sedihnya dan mengharapkan kepada Allah untuk meringankan  penderitaan dan mengampuni dosanya.

Demikianlah seorang muslim, hendaknya selalu hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sihat , rela terhadap ketentuan Allah dan terhadap kehidupan. Jiwanya bebas dari perasaan dengki dan dendam. Kerana perasaan dengki dan dendam itu merupakan penyakit hati yang dapat merembeskan iman keluar dari hati, sebagaimana merembesnya zat cair dari wadah yang bocor.

Islam sangat memperhatikan kebersihan hati kerana hati yang penuh dengan noda-noda kotoran itu dapat merusak amal soleh, bahkan menghancurkannya. Sedang hati yang bersih, jernih dan bersinar itu dapat menyuburkan amal dan dorongan semangat untuk meningkatkan amal ibadah dan Allah memberkahi dan memberikan segala kebaikan kepada orang yang hatinya bersih.

Perasaan iri hati kerana orang lain memperoleh nikmat kadangkala dapat menimbulkan khayalan yang bukan-bukan sampai membuat kedustaan. Islam membenci perbuatan demikian dan memperingatkan jangan sampai terjerumus kedalamnya. Mencegah adanya ketegangan dan permusuhan, menurut Islam merupakan ibadah yang besar, sebagaimana sabda Nabi saw yang ertinya:

“Mahukah aku beritahukan kepadamu perkara yang lebih utama dari puasa, solat dan sedekah?,
Jawab sahabat : “Tentu mahu”.
Sabda Nabi saw: “yaitu mendamaikan di antara kamu, kerana rusaknya perdamaian di antara kamu adalah menjadi pencukur yakni perusak agama”. (HR. Abu Daud danTirmidzi).

Syaitan kadangkala tidak mampu menggoda orang yang pandai untuk menyembah berhala tetapi syaitan sering juga mampu menggoda dan menyesatkan manusia melalui celah-celah pergaulan dengan cara merusak perdamaian diantara mereka itu sendiri, sehingga dengan hawa nafsunya yang tidak terkendalikan, mereka tersesat dan tidak mengetahui hak-hak Tuhannya, bagaikan menyembah berhala.


Di sinilah syaitan mulai menyalakan api permusuhan dihati manusia dan jika api permusuhan itu telah menyala, ia senang melihat api itu membakar manusia dari zaman ke zaman sehingga turut terbakarnya hubungan dan segi-segi keutamaan manusia. Kita harus mengetahui bahawa manusia itu berbeza tabiat dan wataknya berbeza kecerdasan akal dan daya tangkapnya.

Islam melarang memutuskan hubungan dan berbantah-bantahan. Memang kita sering merasakan seolah-olah keburukan itu dilemparkan kepada kita, sehingga kita sering tidak mampu mengendalikan perasaan kita yang apabila fikiran kita sempit , maka timbullah niat untuk memutuskan hubungan. Tetapi Allah tidak rela perbuatan yang demikian. Memutuskan hubungan sesama muslim dilarang, sebagaimana sabda nabi saw yang ertinya:

“Janganlah kamu putus hubungan,belakang membelakangi, benci membenci, hasut menghasut . Hendaknya kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara satu sama yang lain (yang muslim) dan tidaklah halal bagi (setiap) muslim mendiamkan saudaranya lebih dari tiga hari”.
(HR. Bukhori dan Muslim).

Ringkasnya hendaknya orang-orang yang mempunyai penyakit hati, seperti dengki dan dendam ini selalu ingat bahwa kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan. Dan hendaklah ia ingat bahawa harta benda dan kedudukan yang bersifat duniawi itu selamanya tidak kekal. Paling jauh dan lama sepanjang hidupnya saja bahkan mungkin sebelum itu.

sumber: akuislam.com


READ MORE- dengki

Dimanakah engkau wahai malu??

“woih, junior kita ke ni? Seksi gila..”
“Biar betul budak ni, Teruknya!”
Perkataan – perkataan ini menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila seorang junior perempuan telah mengupload gambar – gambarnya ke dalam facebooknya.
Saya juga turut melihat. Masyaallah, memang ia cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan hanya bersinglet. Apakah ini?
Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah wahai junior?
Apakah kamu bermaruah? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?
Kamu tidak malukah?

Wanita itu perlu malu
Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.
Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?

Kalian telah berlaku zalim!
Ya, saya mengatakan kalian zalim
Saya tidak akan mengatakan kalian zalim jika kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tidak mahu mendengar nasihat. ( Tetapi itu zalim juga, zalim kepada diri sendiri )
Tetapi,
Tahukah wahai wanita sekalian bahawa Allah telah memberi amanah  kepada bapa, abang datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?
Adakah kamu sanggup melempar bapa kamu ke dalam neraka lantaran sifat kamu?
Kamu juga zalim kepada Islam, kerana kamu telah mencalarkan imej Islam.
Kamu juga telah zalim kepada bakal suami kamu, kamu telah mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.
Kamu juga telah menzalimi lelaki lain yang bukan mahram melihat aurat kamu, dengan menyebabkan mereka berdosa.
Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!

Kroniknya masalah ini
Kroniknya masalah ini, kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan. Mungkin orang lain melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi saya tidak
Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia mula hilang hormat kepada warga pendidik. Tetapi saya lebih melihat perkara ini sebagai masalah ummah
“Orang Islam pun pakai seksi”
“Cikgu muslimah pun tak jaga aurat”
Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.
Formula di dalam kepala manusia mudah.
Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan, lebih – lebih lagi imej yang dibawa oleh warga pendidik.

Penutup : Saya sudah menegur, terpulanglah
Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga.

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya”
(Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur.  Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.
Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”
Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang lebih berintegriti.

Sumber: akuislam.com
 

READ MORE- Dimanakah engkau wahai malu??

Friday, April 29, 2011

apa khabar jodohku?

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu….


READ MORE- apa khabar jodohku?

Wednesday, April 27, 2011

jangan ditangisi apa yg bukan milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

READ MORE- jangan ditangisi apa yg bukan milikmu

Monday, April 25, 2011

ciri-ciri suami yang soleh ..

1)Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta ...suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2)Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin


3)Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4)Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5)Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6)Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
 
7)Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8)Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9)Suami Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10)Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12)Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13)Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14)Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15)Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16)Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17)Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18)Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

p/s : kita jgn hanya mencari yg soleh,tp diri sendr juga perlu menjadi soleh ^_^

sumber : facebook

READ MORE- ciri-ciri suami yang soleh ..

Saturday, April 23, 2011

luasnya NERAKA

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:
 "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:
 "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

sumber : facebook

READ MORE- luasnya NERAKA

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..


sumber dari |akhi fairuz mzm-fc|

READ MORE- BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hear me !!


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com