"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ALLAH"

Popular Posts

Friday, April 8, 2011

muhasabah dan manusia

Renungi firman Allah s.w.t :

Katakanlah: "Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Zumar 39:53)


Seketika, saya merenung dan memikirkan maksud tersirat disebalik tajuk diatas. 'Musibah & Manusia'. Gabungan tajuk entry semalam dan hari ini. Lama tidak mencoret, serasa kekok untuk mengarang secara panjang lebar. Kata hati, 'teruskan je..'.


Petikan dari majalah solusi :


"Allah mencipta manusia dan jin bukan untuk melahirkan hambaNya yang sifar dosa, tetapi tujuan daripada penciptaan ini adalah untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Dia Yang Maha Mencipta. Tiada manusia yang tidak berdosa, kecuali para rasul dan nabi yang mulia..."


"Syaitan dan iblis yang begitu konsisten menyesatkan manusia, sentiasa memiliki teknik dan taktik yang licik dan cerdik. Ditambah pula dengan kerjasama nafsu ammarah yang selalu mengajak kepada keburukan dan dosa..."


Walaupun berkali-kali melakukan kebaikan dan amal soleh, tanpa pengawasan dan sikap berjaga-jaga, seseorang manusia akan kembali terjebak dalam perangkap dosa tanpa disedarinya.. silih berganti, dosa dan pahala. Kerana 'kita yang bernama manusia', jangan pernah putus harap pada Dia yang Maha Mengetahui segalanya.. teruskan memohon keampunan, mohonlah dengan sungguh-sungguh. Nescaya tiap doa yang dipohon akan setia didengariNya.. tanpa pernah jemu. Renungi ayat diatas. Optimis untuk terus melakukan yang terbaik dalam beramal.. 

'Bersabar untuk sabar'. Sabar apabila ditimpa musibah dan menganggap positif pada setiap yang berlaku. 'Ia datang dari Allah, zat yang Maha Kuasa.. '. Sedikit perkongsian daripada penulisan tersebut :


Mengambil pedoman daripada Umar bin al-Khattab RA. Dalam satu athar diriwayatkan bahawa Umar berkata: Setiap kali aku ditimpa musibah, aku berfikir empat perkara, dengan demikian jiwaku akan merasa tenang, iaitu: 


Pertama: aku berfikir siapakah yang memberikan aku musibah ini? Dia adalah Allah. Maka dengan segera jiwaku menjadi tenang.

Kedua: aku berfikir bahawa Allah mampu menimpakan kepadaku musibah yang lebih besar daripada yang kuhadapi, dan Allah hanya memberikanku setakat ini sahaja, lantas aku memuji Allah atas musibah yang sedikit ini.

Ketiga: aku selalu ingat sabda Rasulullah bermaksud: 

"Tidaklah seorang mukmin terkena satu duri dan yang lebih besar daripada itu kecuali Allah mengangkatnya satu darjat atau menghapuskan daripadanya satu dosa." (Daripada ‘Aisyah, Riwayat Muslim) 

Keempat:
 aku berfikir bahawa musibah yang terjadi adalah di dunia dan bukannya di akhirat. 


sumber : murabbi.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hear me !!


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com