"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ALLAH"

Popular Posts

Saturday, February 12, 2011

pengajaran daripada satu TAMPARAN

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negara kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawabnya. Suatu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda : Pak Imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu.

Pemuda : Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam : Saya akan cuba sejauh kemampuan saya, insyallah.

Pemuda : Saya ada tiga pertanyaan.
1. Kalau benar Allah itu ada, tunjukkan kewujudan Allah kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api,kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?

Dengan spontan Pak Imam tersebut menampar pipi si pemuda itu dengan sangat kuat.

Pemuda ( sambil menahan sakit ) : Kenapa Pak Imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah..tamparan itu adalah jawapan saya untuk tiga pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya tidak faham.
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda :Tentu saja sakit dan pedih!!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya...!!!
Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh Pak Imam..!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu, kita semua merasakan kewujudan Alalh itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak..!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu..??
Pemuda : Kulit dan daging..!!??
Pak Imam :Bagaiman rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pediih..!!
Pak imam : Itulah..!! Walaupun syaitan terbuat daripada api dan Neraka juga terbuat daripada api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan..walaupun sama unsur asalnya..
Pemuda : Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hear me !!


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com