"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ALLAH"

Popular Posts

Saturday, April 9, 2011

OTAK ORANG MELAYU MAHAL $$$$$....

 Hari ini aku hendak mengajak kalian berfikir sedikit. Pada era kepahlawan melayu dahulu ada seorang pejuang menentang penjajah. Beliau adalah Pahlawan Sarawak yang sangat gagah dan digeruni. Adat pahlawan Sarawak apabila mereka beperang atau menghadapi musuh, mereka akan memenggal kepala musuh tanpa belas kasihan untuk mengambarkan semangat kepahlawan.

Sudah ramai musuh yang diakui hebat telah tewas ditangan beliau. Sudah menjadi kepercayaan mereka apabila memenggal kepala musuh mereka akan membawanya balik  mengantungnya di penjuru-penjuru rumah panjang mereka. Pahlawan ini telah mengantung banyak tengkorak musuh dari pelbagai bangsa, tengkorak bangsa melayu,cina,india,inggeris,belanda,jepun termasuk juga yang tidak dikenal pasti indentitinya.

Sekian lama masa berlalu, ada penyelidik asing melawat ke rumah tersebut dan ingin membeli beberapa tengkorak tersebut. Ikuti perbualan mereka:

 Penyelidik: Saya pengumpul artifak sejarah. Saya mahu membeli tengkorak manusia.
Pahlawan:  pahlawan :Kamu mahu tengkorak dari bangsa mana? Saya ada tengkorak dari    pelbagai bangsa.
 Penyelidik: Saya mahu tengkorak dari bangsa Melayu dan bangsa Cina.
 Pahlawan: Tengkorak bangsa Melayu RM 50,000 dan dari bangsa cina RM 5000
Penyelidik: Kenapa tengkorak orang melayu lebih mahal ?

Ini jawapan dia. Kerana otak orang melayu fresh dan tidak diguna pakai. Contoh bangsa siapakah dikenali sebagai mat rempit? Bangsa melayu.Mat rempit tidak guna otak untuk berfikir diorang guna lutut, sebab itu mereka mati sia-sia. Juara penagih dadah juga bangsa melayu. Mereka ini tidak pakai otak sebab itu terjebak najis dadah. Penghuni pusat serenti juga dimonopoli bangsa kita. Kenapa mereka berada disana? Kerana mereka tidak manfaatkan otak untuk berfikir.

Banyak lagi lah yang mengaitkan bangsa melayu ni tidak guna otak untuk bertindak. Sebab itulah tengkorak mereka ini mahal. Moral dari entri ini ialah otak yang dikurniakan oleh allah untuk menbezakan kita dengan makhluk lain. Otak lah yang akan memandu manusia sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Apabila kita tidak gunakan otak maka sudah pasti kita akan terbabas atau terpesong ke jalan yang salah.Gunalah otak sebaik mungkin untuk jadikan kita seorang insan yang berjaya dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hear me !!


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com