"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ALLAH"

Popular Posts

Thursday, January 27, 2011

Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu.. 
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. 
Orang tua yg begitu sempurna.. 
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan.. 
Saat Allah memilihmu dalam hidupku, 
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. 
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku.. 
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, 
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. 
Maka, ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu. 
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna.. 
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. 
Karena kelak kita akan satu.. 
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, 
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..



Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah, 
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya.. 
Maka ketika Dia memilihmu untukku, 
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita.. 
Itulah visi pernikahan kita.. 
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku.. 
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok.. 
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah.. 
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah, 
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan.. 
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah.. 
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah.. 
Namun tatap mataku, tersenyumlah.. 
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu.. 
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah.. 
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu.. 
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..



Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku.. 
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan.. 
Maka dimataku kau adalah yang terindah, 
Kata2mu adalah titah untukku, 
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu.. 
Maka kalau kau berkenan ku meminta.. 
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..



Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku… 
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita.. 
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga.. 
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah, 
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad.. 
Yang darahnya mengalir darah syuhada.. 
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka.. 
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka.. 
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..



Padamu yang Allah pilih sebagai imamku… 
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku, 
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi.. 
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..




Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda :"Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

READ MORE- Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Tuesday, January 25, 2011

Anda ingin bercinta?


Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).


Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.


2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.


3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.


5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..


6. Kos Cinta


* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?




www.iLuvislam.com

READ MORE- Anda ingin bercinta?

Sunday, January 23, 2011

Gurau Senda

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita. 


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”. 


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain. 


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong. 


Betulkah persepsi macam ni? 


Banyak Ketawa Mematikan Hati 

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak? 


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa. 


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau, 
Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya. [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
 
Maksudnya: “
Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali, 
Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda: 

Maksudnya: “
Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar. [2]




Kita biasa dengar, 

Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia! 


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat. 

Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3] 



Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan 

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain. 


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut? 


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah? 

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.” 



Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda 

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja. 


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap, 

Aku main-main je la… 

Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau. 


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. : 
Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5] 


Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta. 


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: 
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [6]



Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.
Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]



Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri. 


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau. 


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata: 
Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih). 

Mereka itu menjawab: “Tidak! 

Maka Umar r.a. menjawab: 
Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran. 


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka.Na'uzubillahi min dzalik. 

~Wallahu a'lam~ 

READ MORE- Gurau Senda

Saturday, January 22, 2011

9 Sebab Hati Tidak Tenang

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2.Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.^_^

3.Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4.Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama)

5.Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

6.Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.Bykkan lah bersabar.

7.Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8.Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak.

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. 

READ MORE- 9 Sebab Hati Tidak Tenang

Friday, January 21, 2011

Cinta Dalam Diam

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan ... 



Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat sececah rasa, izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya?


Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (QS. Adz-Dzariyat: 49)


"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. "(QS. An-Nuur: 32)


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu, isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "(QS. Ar-Ruum: 21)


Tapi jika memang kelemahan masih nyata dikelopak mata maka bersabarlah ... berdoalah ... berpuasalah ...


"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya berkahwin itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya" (Hadist)


"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "(QS. Al-Israa ': 32)


Cukup cintai ia dalam diam ...

Bukan kerana membenci hadirnya, tapi menjaga kesuciannya..bukan kerana mengelakkan dunia, tapi meraih syurga-Nya..bukan kerana lemah untuk menghadapinya, tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.



Cukup cintai ia dari kejauhan ...

Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan. Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga.



Cukup cintai ia dengan kesederhanaan ...

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membawa kebahagiaan para syaitan.


Maka cintailah ia dengan keikhlasan

Kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati, tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ...?


"... Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "(QS. AlBaqarah: 216)


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita -wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga) "(QS.An-Nuur: 26)


Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan mereput atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan. Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.


"Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar bin Khattab ra.)


www.murabbi.net

READ MORE- Cinta Dalam Diam

Jaga Hati, Muslimkan Peribadi

Bismillahirrahmanirrahim.....

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"


Sesungguhnya, terdapat 3 peringkat cinta di dalam Islam sebagaimana dalam surah at-Taubah, ayat 24.


1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.


2) CINTA PERTENGAHAN: cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.


3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.


..............................



Mana satukah pilihan cinta kita??? cinta pertama atau kedua atau ketiga??


Syeikh Yusri: "Sekiranya kamu diberi pilihan oleh Allah untuk membuat pilihan sendiri. Katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku memilih apa yang Engkau pilihkan untukku, supaya aku bersama dengan apa yang Engkau cintai dan Engkau redhai". Begitu besarnya pengharapan dan tawakkal mereka pada Allah. Kita pula bagaimana?? Teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha sewaktu beliau datang ke UIA: "orang yang mabuk bercouple ni tidak percaya akan qada' qadar Allah".


Benarkah?? Jadi, jawapannya ada pada kata-kata Datuk Hasan Din Al Hafiz dalam al kuliyyah: "Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT KITA". Jadi, kiranya tak perlulah untuk kita mencari cinta kerana semuanya telah Allah tetapkan?? Cinta akan datang sendiri? Boleh percaya ke??? Nanti jadi bujang terlajak pula?. Bagaimana ni??


Saya tak puas hati bila tidak dapat mencari jawapan bagi soalan killer di atas. Lalu, saya bertanyakan seorang ustaz tentang soalan tadi. "Adakah kita tidak perlu mencari cinta??" Lalu, dengan berhikmah, ustaz tu menjawab: "Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslim pun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh??. Saya terdiam sambil merenung jauh kata- kata ustaz tersebut. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap ammarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?".


Waktu sekarang, fokus utk belajar dan tambah ilmu dulu.Hal yang patut fikir kemudian, fikirlah kemudian. JIKA KITA NAK PAKSA ANAK AYAM MENETAS SEBELUM TIBA WAKTU SEBENARNYA UNTUK MENETAS, IA TAKKAN MENJADI ANAK AYAM YANG NORMAL. Pentingkan yang terpenting dahulu, ikut kesesuaian masa. Islam tidak mengajar umatnya sikap gopoh dan terburu- buru


Lalu ustaz tu bertanya lagi, kenapa nti tanya soalan begini? dah bersedia untuk tahap kedua ke? Masya Allah, sungguh malu dengan ustaz waktu itu. Jawabku dengan jujur, "bukanlah ustaz. saya hanya mencari jawapan yang boleh saya jadikan sebagai panduan, sebab sebelum ni ada seorang sahabat datang bertanya, cinta tu kan fitrah, jadi semua orang pasti akan rasa minat pada golongan yang berlainan jantina dengan kita. Kalau x, pasti ia bukan manusia normal. Jadi, saya tidak tahu apakah jawapan terbaik untuk melegakan dan meyakinkan hati saya dan sahabat itu". Ustaz itu hanya tersenyum sambil bibirnya terus laju menuturkan mutiara hikmah:"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Contohnya, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa.


Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sebagaimana firman Allah dalam surah al Isra' ayat 32: Jangan kamu dekati zina'."Ulama' menafsirkan ayat wala taqrobuzzina ini akan terjadi melalui dengan 7 cara:


1) Nazoro (memandang) - Oleh sebab itu, Allah menyarankan agar lelaki dan perempuan beriman agar menjaga pandangan kerana demikian itu lebih suci bagi mereka (An Nur: ayat 30-31)


2) Ibtasama (senyum) - senyum itu ibadah, tapi hati-hati kerana ia dapat menjadi fitnah jika disalah gunakan


3) Salaam (mengutuskan salam)


4) Kalam (bercakap)


5) Irsaalun (mengutuskan surat/ message/ chat)


6) Liqo' (dating tanpa mahram bersama)


7) Fa waqo'a (maka zina akan berlaku kerana apabila sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang ketiga).


Jadi,bagi pasangan yang belum halal statusnya, anda berada di tahap mana? Rasanya sudah ramai yang berada di tahap keenam. DATING.. Fikir-fikirkanlah, cuma tinggal beberapa tahap sahaja lagi untuk anda sampai ke tahap kemuncak yang mana ia adalah dosa besar di sisi Islam. Ingat, syaitan itu licik. Nabi Adam pun boleh terpengaruh dengan pujuk rayu iblis agar memakan buah larangan Allah di syurga, bagaimana agaknya kita???

...............................


Sedarlah sahabat,
Islam itu agama syumul.
Islam bukanlah mengharamkan cinta, tapi ia memuliakan cinta.
Islam tidak mengongkong umatnya, tapi ia menjaga umatnya,
Agar kita semua terselamat daripada cinta dusta,


Namun,
Malang sekali nasib umat Islam kini,
Batasan pergaulan tidak dijaga,
Pasangan dating tidak malu menayangkan dosa,
Kes zina pula makin berleluasa


Tapi ingat !!!
Sunnatullah telah menetapkan,
Mungkar dibalas dengan azab,
Masih ingatkah kisah kaum Nabi terdahlu?
Apakah kita mahu seperti mereka?
Diseksa keras di dunia,
Dikeji Allah dalam kalamNYA,
Di akhirat pula diazab di neraka.
Ya Allah, dahsyatnya azabMU


Jadi ayuhlah sahabat,
Kita bangkit dari kejahilan diri,
Usah malu untuk berubah,
Usah bertangguh untuk bertaubat,
Semuanya berada di tangan kita,
Syurga atau neraka, mana satu pilihan kita??



..................................


Jadi, andai sekarang kita sudah bergelumang dengan cinta lelaki, mujahadahlah. Jangan sesekali kita mengotorkan kesucian fitrah ini dengan maksiat hati yang dapat mengeraskan hati kita daripada melihat kebenaran, sebagaimana kata Imam Ghazali: 3 perkara yg dapat mengelapkan hati ialah:


1) Banyak berdebat dengan orang jahil.


2) Banyak bergaul dengan ajnabi.


3) Banyak bergaul dengan orang mati iaitu orang yg tidak mengikuti majlis ilmu selama 40 hari. Imam Ghazali dengan sinis berkata, sila sembahyangkan jenazah pada orang yang mengasingkan diri dari majlis ilmu selama 40 hari kerana sesengguhnya, tiada guna lagi hidupnya kerana hatinya (raja segala anggota) telah mati. Sungguh tajam kata2 imam hebat ini.


Maka,apabila hatimu keras, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabburlah maknanya, namun jika hatimu masih keras juga, dirikanlah solat. Sesungguhnya, solat itu zikir penyucian jiwa. Namun, jika masih keras jua, bangunlah waktu dinihari. Berwudhu' dan berdoalah, pintalah pada TuhanMu agar dikurniakan hati yang lain.


Sempena Ma'al Hijrah 1432H ini, ayuhlah kita mulakan langkah baru menuju husnul khatimah. Tinggalkan segala kemungkaran, ingatlah pada Allah sentiasa. IHFAZILLAH YAHFAZKA, IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK. (jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sisimu). Bagaimana cara menjaga Allah?? Jagalah diri kita dari melakukan kemaksiatan padaNYA. Bila diri terasa ingin membuat dosa, segeralah istighfar,


Baca a'uzubillah, ayat kursi, 3 qul, ambil wudhu', dan dekatkan diri dengan teman yang baik. MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS.


IHFAZILLAH YAHFAZKA, IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK


"SESUNGGUHNYA, WANITA MUKMINAT LEBIH CANTIK DARIPADA BIDADARI SYURGA"

MUSLIMAT POWER !!!!!!!

www.murabbi.net

READ MORE- Jaga Hati, Muslimkan Peribadi

Thursday, January 20, 2011

Tips mengatasi ZINA HATI




Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

* Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

* Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.



* Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

* Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.




selawat~

READ MORE- Tips mengatasi ZINA HATI

renung-renungkan lah..

READ MORE- renung-renungkan lah..

Wednesday, January 19, 2011

Merokok adalah haram

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashimâ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK



1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Sedkit sebanyak dari

Dr. Abu Bakar Abdul Majeed
Pusat Racun Negara, USM

Di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, usaha-usaha mencegah perbuatan yang merosakkan kesihatan masih lagi belum dapat dijalankan dengan berkesan.

Di Australia, umpamanya, pada sepertiga bahagian hadapan kotak rokok tertera huruf-huruf besar: MEROKOK MEMBUNUH - Amaran Kesihatan Kerajaan. Malah perkataan-perkataan ini lebih besar daripada jenama rokok itu sendiri.

Pada bahagian belakang kotak rokok pula tertulis sekali lagi amaran tersebut, yang disusuli penerangan berikut: Di Australia, merokok menyebabkan lebih banyak penyakit dan kematian awal daripada penggunaan dadah-dadah lain. Merokok menyebabkan lebih empat kali ganda kematian daripada yang disebabkan kemalangan jalan raya.

Pada bahagian tepi kotak rokok juga dinyatakan: Asap dari setiap rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan barah; nikotin sejenis dadah beracun dan menyebabkan ketagihan; dan karbon monoksida sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.

Demikian, betapa terperinci usaha penyampaian maklumat yang diberikan kepada pengguna yang masih mahu memperjudikan kesihatannya. Penekanan terhadap kebebasan memberi maklumat yang amat berbeza ini menimbulkan satu persoalan yang membingungkan. Adakah nilai nyawa penduduk negara-negara membangun lebih murah daripada negara-negara maju.

Dewasa ini ramai yang bercakap tentang rokok atas dasar fakta. Ini yang terbaik. Tetapi tidak kurang pula yang cuba memutarbelitkan kenyataan dan masih ada yang meragui pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya merokok. sya ambil sikit je dari Dr.abu bakar sebab terlalu panjang atikel dia...


Untuk renungan bersama bagi orang islam.. Firman Allah s.w.t. :

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang" (An-Nisa' : 29)"

Hadith Rasullulah s.a.w. :

"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam"

tinggalkan lan rokok durjana.. selagi hayat di kandung badan...

"Ape alasan kita kepada allah swt.. jika kita mati kerana ROKOK!"

READ MORE- Merokok adalah haram

ada apa dgn ais??

 " Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" 
 
 Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. 

. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 

. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. 

. Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. 

. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 

. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 

. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. 

. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 

. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan. 

. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. 

. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. 

. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. 

. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 

. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. 

. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. 

. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. 

. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. 

. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan. 

. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. 

. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. 

. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. 

. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. 

. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. 

. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. 

. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. 

. Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. 

. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut. 

Petikan dari buku panduan dan aplikasi Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) - Dr.Nohissam Mustafa 

READ MORE- ada apa dgn ais??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hear me !!


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com