"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ALLAH"

Popular Posts

Tuesday, November 30, 2010

MENJAGA FARAJ

Adapun faraj) maka engkau peliharakan akan dia daripada tiap-tiap yang diharamkan akan dia oleh Allah taala. Dan jadikan dirimu seperti yang dikatakan oleh Allah taala di dalam al-Quran dengan firmannya :

Ertinya : “Dan mereka itu yang memeliharakan akan faraj mereka melainkan atas isteri mereka itu atau gundik mereka itu. Maka sesungguhnya mereka itu tiada dicela oleh syara’” Al-Mukminun : 6-5


(syahdan) dan engkau tiada kuasa memelihara akan faraj itu melainkan dengan memeliharakan empat perkara :

(pertama) memeliharakan mata daripada melihat akan perempuan yang helat (ajnabiah). Kata Imam al-Ghazali rahimahullahu taala di dalam “Ihya ulumiddin” :

Ertinya : “Barangsiapa tiada memeliharakan ia akan matanya nescaya tiada dapat ia memelihara akan zakarnya. Dan barangsiapa tiada kuasa atas memejamkan akan matanya nescaya tiada kuasa ia atas memelihara akan agamanya. Dan zina mata itu iaitu daripada sebesar-besar dosa kecil yang membawa kepada zina faraj”.

(kedua) memeliharakan akan hati daripada memikirkan akan perempuan yang helat.

(ketiga) memeliharakan akan perut daripada memakan yang syubhah.

(keempat) memeliharakan perut daripada sangat kenyang, kerana sekalian yang demikian itu menggerakkan akan syahwat.

Rujukan : Hidayatus Salikin Fi suluki malakil-muttaqin ~ Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani

READ MORE- MENJAGA FARAJ

HIKMAH DARI SETIAP MUSIBAH

1-Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa yang sebelumnya tidak pernah nampak.Dalam sebuah athar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh.Lalu Allah S.W.T berfirman kepada malaikatNya : "Tujuannya adalah agar Aku mendengar suaranya"

2-Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.Allah S.W.T berfirman:
Ketahuilah!Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihar dirinya merasa serba cukup(Al-An'am:6-7)

3-Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang ditimpa musibah.

4-Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri,kerana musibah yang menimpa seseorang jauh sangat kecil berbanding dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.

Jika seseorang hamba itu telah mengetahui bahawa semua perkara yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dan adanya musibah,nescaya akan tenang,tenteram dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah.

WallahuA'lam



petikan dr buku LA TAHZAN

READ MORE- HIKMAH DARI SETIAP MUSIBAH

Monday, November 29, 2010

cinta tetamu hati

Duhai saudara2...Cinta itu di dalam hati...bagaikan kita punyai sebuah rumah...Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...Ada yang baik dan ada yang buruk.Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai saudara2ku...Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmusehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...Beritahulah kepadanya... :Maafkan aku...Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...Kerana...Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri...Terang dan menerangi...Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai saudara2.....Sungguh cinta itu indah,Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...Tetapi bagi pelajar macam kita ???Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...Yang sentiasa mencintaimu,memeliharamu dan mengasihimu...Saat mereka bertanya...Mengapa kau mencintai ALLAH ?

katakanlah wahai saudara2ku...Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...Dan mengukuhkan tulangku...Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...Hidup dan matiku.......Segalanya untukNya......

READ MORE- cinta tetamu hati

bekerjalah kamu...!

org bijak yunani mengubati org yg ditimpa keresahan,kesuntukan dan penyakit psikologi lainnya dgn memaksa mereka berkerja.Tidak berapa lama kemudian,pesakitnya pun kembali sihat dan tenang.

Allah S.W.T berfirman :
..Dan katakanlah :"bekerjalah kamu sekalian.."(At Taubah: 105)

orang yg bekerja dgn menggunakan tangannya sendiri adalah sebuah kelompok manusia yg lebih bahagia , tidak terbebani dan tenang sekiranya dibandingkan dengan yang lain.Cuba perhatikan para pekerja itu,mereka memiliki fikiran yang bebas dan fizikal yang kuat dikeranakan aktiviti,pekerjaan dan latihan yang mereka lakukan.

READ MORE- bekerjalah kamu...!

Thursday, November 25, 2010

Bolehkah Wanita Menerima Jika Ditegur Tentang Aurat

Tentang aurat lagi nampaknya pos yang ana hantar ni. Sebelum ni ana ada menghantar pos yang bertajuk "Luahan Rasa : Kesalahan Kerap Wanita Berkenaan Aurat". Ana sebenarnya bukanlah lelaki yang sempurna, bukan juga lelaki yang terlalu baik, tetapi tak salah rasanya ana berbicara tentang agama Islam ini.


Hari ni ana ada terima komen yang dihantar oleh seorang hamba allah yang mengatakan kenapa ana tak tegur wanita disekeliling ana yang tidak menjaga aurat? Jadi ana nak ucapkan terima kasih kepada hamba allah ini. Jangan risau kerana ana tidak kecil hati pun.


Untuk pengetahuan, sebenarnya sejak sekolah lagi dah banyak kali ana menegur sahabat-sahabat dan kawan-kawan ana dari kaum hawa tentang pentingnya menjaga aurat. Tetapi seperti ana katakan tadi, ana bukanlah lelaki yang sempurna untuk menegur mereka. Di kelas juga ana bukanlah seorang yang banyak bercakap. Kadang-kadang adik ana sendiri pun ana masih gagal membentuk walaupun sudah banyak kali ana tgur.


Begitu juga dengan rakan-rakan sewaktu ana bersekolah dahulu. Bukan ana tak pernah tegur tetapi bila ana tegur mereka banyak jawapan yang ana dengar:


-Ada yang kata "Tak naklah jadi hipokrit. Dah biasa macam ni. Biarlah."

-Ada pula yang kata "Aku bukannya sekolah agama nak jaga benda-benda ni",

-"Dah biasalah macam ni"..

-" Suka hatilah!!, sibuk kenapa??"



Pernah sewaktu dalam kelas, ana duduk depan dan yang wanita duduk belakang, bila ana terpandang belakang nampaklah yang mereka ni tak menjaga aurat, ana pun tegurlah dan mereka kata "Yang pandang belakang ni buat apa! Sibuk je nak pandang belakang". Sedangkan waktu tu dalam kelas, salah ana ke yang terpandang belakang dan tegur mereka?


Ada yang pakai baju lengan pendek ana tegur, lepas je ana tegur tu makin dia naikkan lengan baju dia tu sampai nampak 'dalam' baju tu. Ada juga ana cakap dengan nada gurau "Ei, aurat" (sambil ana tunjuk kat lengan dia). Lalu dia menjawab, " Ai, lawak kasar ni!"


Pernah juga bila keluar ramai-ramai sengaja ana pakai baju lengan panjang. Jadi bila ana nak tegur ana akan naikkan sebelah lengan baju dan sebelah lagi ana biarkan. Jadi ana akan tanya kepada sahabat wanita "Apa beza antara dua lengan ana ni?" Jadi ana akan jawab sebelah ni cara untuk perempuan tutup aurat dan sebelah lagi untuk lelaki.


Subhanallah..


Mungkin kerana ini, debat seperti pos ana yang bertajuk Luahan Rasa : Kelas Tutorial (Pengguguran) menjadi hangat.Adakah kerana keegoan mereka menerima teguran, lantas tidak takutkan hukuman allah? Adakah mereka ini ingin menjadi ahli neraka yang tidak akan mencium bau syurga?


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)



Tapi ada juga sesetengah kawan ana kat sekolah bila jumpa atau nampak ana pada jauh diorang tau dah ana nak cakap apa, jadi cepat-cepat mereka tutup aurat mereka. Tapi mereka ni tutup bila nampak ana je. Hmm, takpelah. Belajar sikit-sikit, dari yang tak tahu menjaga aurat tu kan lagi susah.


Tetapi alhamdulillah, bukan semua yang tak boleh menerima teguran. Ada juga yang mampu menerima. Tahniah ana ucapkan kepada mereka. Ana sendiri pernah ditegur tentang kesilapan yang ana pernah lakukan dan kepada sahabat-sahabat yang nampak kesalahan dan kesilapan ana, tegurlah ana sebagai sahabat. Insyaallah ana akan cuba terima dengan seikhlas hati. Ana pernah mendengar sabda Rasullullah saw, "Sampaikanlah perkara yang baik itu meskipun kamu tidak mampu mengamalkan sepenuhnya". Kita dituntut untuk mencegah amar makruf nahi mungkar. Memang mudah untuk kita melakukan amalan tetapi bukan semua mampu mencegah kemungkaran.


Jadi kepada setiap umat Islam, kita wajib memperingati sahabat-sahabat yang lain jika mereka semakin longlai dan lemah dalam menggerakkan dakwah Islamiah. Peringatan yang berupa nasihat mestilah disebarkan kepada semua umat Islam supaya kesedaran dalam merungkai segala permasalahan dapat dilakukan bersama-sama secara berkesan. Janganlah dibandingkan kaum adam dan hawa. Tidak dinafikan kaum adam juga bukanlah semuanya baik, tetapi sebagai peringatan, yang penting jagalah diri masing-masing.


Muslimat di luar sana,
Sudikah anda jika ditegur tentang aurat anda?
Sudikah anda ditegur tentang dosa yang sangat diperjuangkan syaitan ini?
Bersamalah anda muhasabah diri....
Bersamalah kita koreksi diri....

READ MORE- Bolehkah Wanita Menerima Jika Ditegur Tentang Aurat

Wednesday, November 24, 2010

TABARRUJ di facebook

Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.


Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

READ MORE- TABARRUJ di facebook

Tuesday, November 23, 2010

AYAH, ADAKAH MANUSIA TIDAK MASUK NERAKA BILA HARI HUJAN?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.


Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.


Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..



READ MORE- AYAH, ADAKAH MANUSIA TIDAK MASUK NERAKA BILA HARI HUJAN?

ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP


Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

1) 'Panggilan pertama adalah Azan, ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.
Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,
2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan khusus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:

Pertama, orang yang meninggalkan sholat
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

READ MORE- ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hear me !!


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com